Aku berazam untuk menukar kebiasaan meminum Ali Tea Tarik kepada minuman yang lebih islamik. Kalau nak kata hijrah minuman pun bolehlah juga, ya!
Aku singgah ke HPA Jalan Ciku semalam untuk membeli Radix merah. Malangnya, tiada stok. Kecewa juga aku dengan HPA ni. Memanjang je tak ada stok. Bukan itu saja malah minyak rambut Tea Tree dan Radix bijirin juga. Esok baru sampai, kata juru kaunter. Kut ya sampai..., getus hatiku.
Yang ada cuma Kopi Radix DIET . Kopi ini menggunakan daun Stevia bagi menggantikan gula. Baik untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kadar gula tinggi dalam darah, gout, tekanan darah tidak normal, gastrik dan obesiti. Aku beli dan cuba sebungkus tadi. Ok juga. Boleh ganti ia sebagai minuman rutin. Aku bercadang nak beli kopi Tok Guru juga tapi tak tahu ada jual di mana.
Di rumah aku ni memang ada macam-macam yang segera. Maklum le, suami yang perlu hidup secara layan diri. Lagipun, anak semuanya dah besar. Mereka sendiri pun jarang ada di rumah. Bak kata pelawak Maidin dalam lagu humornya - kini kami tinggal berdua...yahoooo....
Hari ini ada kenduri kahwin oleh jiran di belakang rumah. Jiranku ini juga membuat dan menjual maruku jenama Bonda secara sederhana. Besar juga kendurinya ini kalau diukur dari bentuk dan jumlah khemah. Anak tunggal katakan. Tapi ibu_suri masih tidur. Tak tahu dia akan bangun pukul berapa sebab semalaman tadi dia tak dapat picingkan mata.
7 ulasan:
dari merah pada hijau ... he,hee
Salam ukhwah ya akhie IM,pertama-tamanya diucapkan selamat menyambut Maal Hijrah.
Terkedu dan terasa betapa kerdilnya diri ini pabila membaca hampir kesemua N3 dlm blog Akhie.
Semoga Ditingkatkan lagi kesabaran n ketaqwaan bersempena bulan yg mulia ini.
Didoakan semoga ibu_suri cepat sembuh
Salam ukhwah ya akhie IM,pertama-tamanya diucapkan selamat menyambut Maal Hijrah.
Terkedu dan terasa betapa kerdilnya diri ini pabila membaca hampir kesemua N3 dlm blog Akhie.
Semoga Ditingkatkan lagi kesabaran n ketaqwaan bersempena bulan yg mulia ini.
Didoakan semoga ibu_suri cepat sembuh
Salam tahun baru buat IM...
Semuga tahun baru ini memberi kesihatan yang lebih baik buat ibu suri...
Salam maal Hijrah utk IM...
Dari merah ke Hijau...good...
betul skrg HPA dah susah nk dpt stok barang..malahan ubat gigi pun dah payah...dgr khabar gara-gara banyak modal dah dilabur ke Indo...
abu muaz,
merah kegemaran mak, hijau kegemaran IM.
ummi miqdad,
terima kasih kerana selalu ikuti penulisan IM. juga atas doa yang tulus itu..
ibu n abah,
doa yang sama IM panjatkan untuk semua rakan blog IM.
Mp,
Maal Hijrah untuk tazkirah buat kita.
nyanyisunyi,
ada banyak lagi produk muslim lain sebenarnya yang kita tak didedahkan. kena cari...
Catat Ulasan