Halaman

Isnin, 28 November 2011

Pergilah!

Akhmal semasa hadir di Kem Motivasi anjuran JKM

Bukanlah nak berkira sangat dengan duit. Lagipun dia bukan lagi kuanggap sebagai anak angkat malah seperti anak sendiri. Cuma aku bimbang jika diberi duit terlalu banyak kepada dia takut tiris di tengah jalan. Maklumlah, akal separuh masak.

"Kata nak pergi KL tapi ayah tak tengok hang bersiap apa-apa pun!"

"Nak siap apa. Beg pun tak ada. Rambut nak gunting, selipar, tiket bas nak beli pun tak ada duit!"

Hurmm... Rasa bersalah pula sebab baru bertanya. Memang perangai dia kalau bab begini tak mahu bincang hati ke hati awal-awal dengan aku. Ikut baran dia saja merampus tak tentu pasal jika hajatnya aku tak penuhi 100%.

Aku menalipon Along... berapa tiket bas ke KL?

"Dalam RM34. Kenapa? Akhmal jadi pi kerja kat KL?" Aku meng-ha kan saja.

"Habis, sementara nak dapat elaun?"

"Hmm.. ayah kena support dia le. Macam ayah kena support hang sekarang ni?" Terdiam Along.

Dah memang begini hakikatnya. Mau tidak mau aku terpaksa mengeluarkan duit saku yang bukan sedikit untuk membantu mereka berdua memulakan hidup baru.

Aku berdoa muga pemergian Akhmal ke KL untuk membina hidup baru akan benar-benar menjadi, tidak seperti sebelum ini. Dia akan mengikuti kursus selama 6 bulan dengan Syarikat Wet Trade sebagai TBM (Turn Boring Machine) dan akan diberi elaun RM500 sebulan serta tempat tinggal. Sekalipun aku kurang yakin dengan kemampuannya mengurus diri dan bermuayashah dengan rakan-rakannya, aku perlu berani biarkan ia berdikari di tempat orang. Dia anak lelaki.

Jika berjaya, dia akan bekerja membuat terowong MRT antara Sungai Buluh dan Kajang. Doa ayah selalu menyertai!

16 ulasan:

kakcik berkata...

Semoga Akhmal akan berjaya menempuh kehidupan barunya. InsyaAllah. :)

norh berkata...

moga dipermudahkan olehNya..

diana berkata...

insyaallah..
dengan restu ibu ayah
segalanya mudah mudahan menjadi lah untuk akmal.

hani@debumelukut berkata...

soal anak2 ni mmg payah nak cakap.Bagi kita hanya yg terbaik kita harapkan buat mereka tapi kadang tu perancangan kita tak menjadi..Tuhan saja yg menentukan. Saya sebagai ibu hanya mampu menangis di dalam..

insan_marhaen berkata...

kakcik,
muga Allah perkenan doa kita semua.

norh,
muga dipermudah ke arah kebaikan.

diana,
IM juga harap kali ini dia berjaya menjadi manusia.

hani,
seperti IM juga, airmata jatuh ke dalam

ainnoraini berkata...

Insya allah...akan di permudahkan segalanya...
Kite cume mampu berdoa...

Ibu n Abah berkata...

IM..
semuga ini permulaan bagi Akhmal memulakan hidupnya..semuga di sini AKhmal belajar bagaimana hendak menguruskan diri sendiri.. Insya'Allah, Akhmal akan berjaya.

mama maman berkata...

mungkin patut biarkan dia merasakan pahit maung kehidupan.. biar dia sendiri fikir kesusahan mencari rezeki.. insyaallah nnt matang dia dlm kehidupan.. kita doakan agar dia terpelihara dr sebarang masalah..:)

insan_marhaen berkata...

ainnoraini,
kita berdoa selepas berusaha segala upaya.

ibu n abah,
IM harap juga begitu. biar dia tahu tinggi rendahnya langit.

mama maman,
muga dia tak tersasar pula!

abu muaz berkata...

doa ayah mesti sentiasa dilakukan.
moga dia semakin matang.

a.samad jaafar berkata...

salam..
teringat sewaktu kali pertama berhijrah ke KL dedulu..hanya berbekal wang rm100 dari arwah mak.. alhamdulillah..kerana sudah terbiasa hidup susah..saya berbangga dgn kenangan pahit manis waktu itu..

Itu Aku berkata...

akhmal..
smg berjaya menempuh kehidupan :)

محمد رازيق berkata...

moga akhmal berjaya.. inshaallah.

insan_marhaen berkata...

abu muaz,
IM memang selalu doakan untuk dia dan anak-anak lain..

a samad,
muga dia juga akan belajar hidup susah. muga dia akan hargai susah ayahnya juga.

itu aku,
tk atas harapan yang dippanjatkan.

my words,
ya.. muga dia berjaya.

Mario berkata...

tulaa...anak lelaki ni kn bg peluang berdikari jugak...how to survive... hrp2 dia berjaya

NzA berkata...

InsyaAllah, IM beri dia peluang dan ikut perkembangan dia dari jauh...mungkin dia akan matang bersama usianya yang semakin meningkat............