Rabu, 30 November 2011

Ingin lahirkan Satu Lagi Blog?

Perbualan aku dengan blogger Jendela Hati semasa makan di kafetaria tempat kerja semalam mengujakan aku untuk membina satu lagi blog baru. Sekarang ini aku ada 3 blog sendiri;

1. insan marhaen - catatan peristiwa benar dalam hidupku untuk tatapan generasiku.


2. sri mersing - tulisan semula kenangan aku semasa kecil di kampung.


3. hujan petang - koleksi puisiku serta puisi-puisi yang aku minati.


Blog baru yang aku rancang ini dibina dengan tujuan lebih kepada menyampaikan mesej dakwah. Isinya akan berkisar kepada unsur-unsur agama, ilmiah dan maklumat yang bermanafaat kepada yang membaca. Sudah pastinya setiap artikel atau bahan yang ditulis nanti akan berdasarkan dari sumber yang sahih, insyaAllah.

Aku harap kesemua blog aku ini nanti akan mendapat followernya tersendiri walaupun mungkin tak semeriah blog insan marhaen yang meraikan jubli gangsanya hujung tahun ini.

Nama blog baru ini belum ada lagi di kepala. Buat masa ini sedang mikir-mikir konsep keseluruhan blog - rangkabina dan gaya isiya yang bagaimana.

Mungkin akan ada yang berkata, banyak sungguh masa IM hingga boleh tumpu pada banyak blog. Hi..hi.. aku memang suka menulis sejak dari dulu. Nak hasilkan buku tak mampu. Hasilkan blog pun kira dah banyak syukur. Kalau mahu seribu daya. Kalau dah cinta, semua indah belaka. Bukanlah pandai menyusun kata, hanya sekadar berkongsi idea pada yang tak jemu membaca.

Lagipun tidak indah hidup ini kalau tidak turut sama memberi sumbangan kerdil untuk bersama rakan dakwah membangunkan agama. Nak berceramah tak pandai. nak ke sana ke sini beraktiviti tidak ada kelonggaran. Dengan sedikit pengetahuan di alam maya intai-intai peluang menulis seadanya di celah-celah  masa menjaga ibu_suri.

Semua ini kalau pun tidak sebesar jihad para sahabat nabi yang syahid di jalan Allah, cukuplah jika umpama burung ababil melontar batu kepada tentera Abrahah. ataupun sekerdil burung pipit menitiskan air ke dalam unggun api yang membakar Nabi Ibrahim!

Berdoa kepada Allah muga usaha kecil ini diiringin keikhlasan dan direstui Allah!

12 ulasan:

kakcik berkata...

Semoga apa yang baik yang IM rancangkan itu akan jadi kenyataan dan mendapat sambutan. InsyaAllah.

NzA berkata...

teruskan cita-cita IM tu..saya pun ada 3 blog setakat ini....1 utk family, 1 untuk panitia dan 1 untuk tugasan saya sebagai guru pusat sumber.......

LadyBird berkata...

salam uncle Im.. :D..

memang rajin sungguh pakcik.. tetapi kalau kite buat apa yang kite suka.. kerajinan tu memang hadir..

suka madah pakcik yang ni :

"Kalau mahu seribu daya. Kalau dah cinta, semua indah belaka. Bukanlah pandai menyusun kata, hanya sekadar berkongsi idea pada yang tak jemu membaca. "

insan_marhaen berkata...

kakcik,
tk atas ransangan.

nza,
sebenarnya ada 1 blog pun letih menyelenggaranya. inikan pula 3 dan nak masuk 4. just try our best to deliver something to marhaen.

ladybird,
betu tu. sekarang ini pakcik ingin berbuat sesuatu yang pakcik suka, yang sebelum ini tak berkesempatan melakukannya kerana sibuk bekerja membesarkan keluarga.

Mario berkata...

rajinnya IM...but bagus jugak...

pB berkata...

rajinya

semoga sukses

zul permatang badak berkata...

suka berkongsi idea....ada komen2 dari kawan2 sekurang-kurangnya dapat menceriakan suasana.

semoga IM......terus menulis, ya...dalam penulisan tak ada istilah jemu,semasa saya disek. rendah saya sering ditegur keluarga.....
suka conteng dinding..........

mariam isa berkata...

Salam Ukhwah.
Tahniah akh IM.Namun saya masih belum
pandai lagi buat blog,Blog saya baiti mawaddah so simple itupun anak sulung saya tolong buatkan seadanya,
Dgn nak jaga nak seramai 10 org kadang2 nak juga isi masa yg berbaki sikit ni selagi bernafas utk baca blog para sahabat.
Akh seorg suami n ayah yg tabah.
Semoga ibu_suri akan sembuh sbgmana biasa.Walaupun saya hanya tau kisah2 ibu_suri melalui blog IM namun terasa tautan ukhwwah dan teringin benar utk ziarah ibu_suri.
Teruskan berblog demi mnjadi manhaj dakwah.

insan_marhaen berkata...

mario,
bukan rajin sangat. minat!

pB,
tkasih. sukses juga buat pB.

zul,
ha.. IM suka conteng sajak atas buku nota pelajaran.

mariam,
huu... leyih IM dengar. wajib jaga 10 orang berbanding 1 blog. tapi bagus juga kalau dapat berkonsi pengalaman itu dengan rakanmaya!

S..U..D..@..I..S berkata...

banyak idea dan banyak ilham untuk dikongsi..selamat maju jaya

Ummi Miqdad berkata...

Syukran kerna mengingatkan sesungguhnya kewajipan menjaga anak2 n rumahtangga itu yg utama.Singgah kat blog para sahabat ni sementara cuti sekolah ni je lah.Lpas ni nak kena uruskan anak2 ke sekolah n memulakan tugas utk didik plajar2 kat sekolah sekaligus kalut lak nak buat assgment utk sem 2.Dah tua2 ni sama2 blajar juga nak bagi semangat pd anak2 agar sama2 berjuang tuk tuntut ilmu.

Citarasa Rinduan berkata...

walau saya sibukk
tetapi saya akan meluangkan masa untuk support IM..

chaiyokkkkkk