Halaman

Khamis, 1 Disember 2011

Tak ada dengar suara bisik-bisik lagi kan?


Entah kenapa terasa letih sangat selepas menguruskan rawatan susulan ibu_suri di Unit Psikiatrik, Hospital Besar Pulau Pinang, hari ini. Terkedang aku di atas katil yang akhirnya terlelap tanpa sebarang mimpi sedari jam 2 hingga 6. Sebaliknya kata ibu_suri, dia tak pula dapat nak picingkan mata. Cuma terkebil-kebil saja.

Doktor yang merawat ibu_suri kali ini doktor baru. Perempuan. Lembut orangnya. Respect aku kerana semua doktor di sini begitu mesra pelanggan walaupun aku tahu, merawat pesakit yang separa normal mau merampus dibuatnya kalau tak tahan sabar. Memang begitu agaknya mereka dilatih. Dan memang begitulah sepatutnya sikap seorang doktor jika mahu menjadi rakyat Minda Kelas Pertama. Malah sikap kita semua juga!

Selain ibu_suri ada 3 lagi meja dengan doktor dan pesakit yang lain. Maknanya, 4 pesakit dilayan sekaligus sedari jam 8.30 hingga 1 petang. Ramainya rakyat Malaysia yang mengidap Psikiatrik sekarang ini, ya!

Aku pasti doktor dapat mengukur tahap kesihatan ibu_suri dari air muka sebaik saja ibu_suri menguak pintu dan duduk di kerusi.  Justeru bila doktor itu bertanya sambil mencatat sesuatu di atas kad, soalan itu seperti telah menyediakan jawapannya;

"Tak ada dengar suara bisik-bisik lagi kan?"

"Ubat yang diberi ni memang dah dos yang paling minima yang kami beri." Terang doktor bila aku meminta pandangannya samada boleh dikurangkan biji-biji pil yang bermacam warna untuk di telan oleh ibu_suri 2X sehari. Tak dapat aku bayangkan bagaimana ginjal ibu_suri akan memproses pil-pil itu yang termasuk juga pil darah tinggi dan diabetis.

"Epillim tu kena makan sebab ia menyeimbangkan kandungan kimia dalam darah. Risperidon untuk menghindar suara bisik tu dan Sertraline untuk cegah kemurungan."

"Awak kena makan ubat kalau awak tak mahu kembali semula macam dulu (bipolar disorder). Awak memang beruntung kerana ada suami yang menjaga awak dan ambil berat tentang awak."

"Suami mithali..heh..heh.." Gurauku sambil mengurut belakang ibu_suri. Bibir ibu_suri terjuih keluar.... spontan!

Memimpin ibu_suri dari kereta berjumpa doktor dan ke Farmasi untuk ambil ubat memerlukan kesabaran dan lapang dada yang bukan sedikit juga.

"Jalan pelan-pelan la..." Getus ibu_suri supaya aku menurun gear 2 kepada gear 1. Berjalan macam kura-kura memang tak letih fizikal tapi letih mental.

Mak aii... Ramainya orang dalam bilik farmasi ni. 90% kerusi dah penuh. Berdiri memberi perkripsi dan ambil nombor giliran juga berbaris macam ular dipalu.

Kalau sekotak ubat Epilim yang ibu_suri ambil berharga RM26, bayangkan berapa jumlah wang sehari untuk kerajaan membeli ubat-ubatan dan beri percuma pada rakyat marhaen seperti ibu_suri. Ada yang datang membawa kotak bersaiz kertas A4 sebagai bekas membawa balik ubat.

Tak dapat aku bayangkan, makan ubat macam makan nasi, gayanya!

10 ulasan:

Ummi Miqdad berkata...

Beruntung betul ibu_suri dikurniakan
seorg suami yg betul2 mngambil berat ttg dirinya.Ni baru betul susah senang tetap dilalui bersama.
Sebaik-baik suami itu adalah org yg berlaku baik terhadap isteri dan ahli keluarganya.

kakcik berkata...

Semoga keadaan ibu_suri akan terus bertambah baik dari hari ke hari. InsyaAllah.

Anonymous berkata...

Semuga kesabaran dan kesihatan tuan diberkati dan puan suri pulih dengan izinNYA.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Kak membayangkan diri kak bila membaca N3 ini. Begitulah keadaannya bila ke hospital, suami dan anak-anak benar-benar sabar membawa kak.

Semoga IM dan ibu_suri serta anak-anak kekal dalam sakinah, mawaddah dan rahmah dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya dan diberi ketabahan.

Semoga ibu_suri diberikan kesembuhan yang tidak ada penyakit lagi.. amiin

insan_marhaen berkata...

ummi miqdad,
IM masih ingat lafaz ketika aqad nikah dulau. itulah yang IM pegang hingga sekarang.

kakcik,
Irulah yang IM harapkan. supaya kesihatannya ini tyerjaga dan tidak menjadi lebih buruk.

tanpa nama,
terima kasih atas doa dan harapan.

werdah,
sebenarnya dunia ini bulat. ini masa dia. entah esok lusa masa IM pula perlu diberi perhatian.

bearcat berkata...

IM, selama mana ibu suri kena bergantung pada ubat-ubat tu? Maaf, sekadar nak tahu...

S..U..D..@..I..S berkata...

sibaik ibusuri senang menelan obat kalau tak tentu susah ...

zul permatang badak berkata...

semoga cepat sembuh.....

roslaini saad berkata...

Memang Ibu suri bertuah ada suami macam Insan Marhaen... kalau saya sakit entahlaaa...
Mungkin sebab tu rasanya setakat ni saya lebih sihat dari suami...
apa-apa pun ini semua ujian Allah... tabah tempuhi semua dugaan.

impreza awie berkata...

salam...sy juga pesakit BD...alhamdulillah sy da pulih...tp ubat tak bole tinggal...sbb penyakit ni perlukan bantuan ubat...

insyaallah ibu_suri pasti pulih dan smua orang pun bole pulih jika kena pada gaya dan caranya

sekian