Halaman

Khamis, 8 Disember 2011

30 Tahun!

Renesas, Penang

Semalam di lokasi kerja, terasa ngantuk dan resah sangat. Tak tahu kenapa. Hingga ada yang perasan dan hantar sms bertanya kenapa?

Malam, aku bawa ibu_suri beli nasi lemak berhampiran Am Bank, Desa Murni, Sungai Dua. Sedap nasi lemaknya lebih-lebih lagi berlaukkan ikan masin. Bungkus dan singgah di Esso, makan dalam kereta. Dalam kereta memang sedia ada pinggan dan sudu serta air botol.

Kemudian aku bawa lagi ibu_suri jalan-jalan menelusuri Lebuhraya Utara Selatan keluar ke Bukit Mertajam. Singgah di Petronas Permatang Pauh beli Nesvita Oat yang kehabisan stok di rumah.

Aku teringat Akhmal yang sudah seminggu berada di Kota Kemuning, Shah Alam kerana menjalani kursus TBM. Dia talipon bertanya: betul ke siang tadi ada polis datang menangkap beberapa kawannya yang berjiran dengan rumahku kerana kes curi motor dan positif dadah? Entahlah. Aku pun tak tahu.

Aku rasa tidak bermaya mungkin kerana sudah berumur dan tidak segagah dulu. Hari ini genap 30 tahun  tempoh bertugas sahabat baikku -  blogger JH di Renesas Semiconductor, tempat kami sama-sama bekerja ini. Dia dihadiahkan Sijil Simpanan Premium BSN sejumlah RM1500.

Tahun depan giliran aku!

4 ulasan:

norh berkata...

errkk..30 tahun dah..
keja 10 tahun pun, dah ada yg rasa nak berhenti ni..

LadyBird berkata...

nanti lbh byk ms dgn ibu suri.. :)..
insyaAllah masih kuat lagi.. :D..

Temuk berkata...

Insya-Allah sampailah nanti giliran IM tahun depan. Entah2 masa tu hadiah RMnya lebih! Juga dengan izin-Nya, bila dah pencen, badan rasa gagah semula, sebab fikiran pun lebih lapang tanpa tekanan kerja. Ceria selalu!

insan_marhaen berkata...

norh,
dalam 30 tahun tu, entah berapa kali rasa nak resign. tapi bila kenang isteri dan anak-anak..sabor je ler...

ladybird,
4 tahun lagi untuk banyak masa dengan ibu_suri. dan banyak masa itu IM plan nak libat diri dengan dakwah.

temuk,
itu yang IM cuba pertahankan. riadah fizikal dan minda serta jaga kesihatan agar badan sihat hingga akhir nanti.