Foto salin dari blog Ain Fatihah di SINI |
Buat lawak pula Perodua ni. Jumaat lalu Kancilku tersadai di Esso Jalan Baru kerana masalah radiator. Kereta tunda tarik Kancilku ke Perodua Seberang Jaya. Bila aku talipon esoknya, mekanik kata kereta aku tak ada masalah apa-apa. Bila aku kata air keluar dari kereta bagai hujan, baru mereka terkapa-kapa. Agaknya bila mereka start enjin kereta, enjin hidup seperti normal lalu mereka beranggapan kereta aku tiada masaalah apa-apa. Berapa lamalahlah agaknya enjin aku begitu dalam keadaan tanpa air di radiator. Bukannya nak talipon aku bertanya masaalah sebenar sebelum buat apa-apa pemeriksaan. Aku regular customer mereka dulu, kini dan selamanya sejak Kancil itu dibeli. Pastinya nombor talipon aku ada dalam sistem mereka.
Kemudian mereka beritahu, oleh kerana kereta aku baru saja kemalangan dan masih ada warranty, mereka saran aku rujuk masalah ini ke Perodua Juru. Aku pun dengan sabar menalipon Perodua Juru yang mana akhirnya bersetuju untuk tarik kereta aku dari Perodua Seberang Jaya.
Aleh-aleh bila aku talipon tadi, Perodua Juru kata mereka tak jadi tarik. Bila mereka hantar mekanik ke Perodua Seberang Jaya, mereka sahkan punca masaalah radiator ialah kipas yang tak berfungsi. Mekanik Perodua Seberang overlook. Mungin kerana kereta banyak dan hari itu pula hari Sabtu.
"Kemalangan dulu tu melibatkan sebelah kiri (pemandu) kereta sedangkan radiator berada di sebelah kanan."
Lagu tulah.. Kancil aku dah masuk hari ke 3 masih tak dibuat apa-apa. Akhirnya aku terpaksa pinjam Wira Angah untuk bawa cucu menakanku berkhitan di Klinik Shobri, Sungai Dua.
Sekali lagi, sabar ajelah sebab kalau marah-marah pun bukan boleh membantu apa-apa. Pada aku, kalau nak hidup lama dan bahagia; jangan terlalu berprasangka, sabar dan berlapang dadalah senantiasa!
11 ulasan:
Benarlah - sabar itu sebahagian dari iman. :)
namun sesetengah perkara boleh membuatkan kita hilang sabar hehe...
katakan tiada kereta lain utk digunakan..?masih boleh bersabar ke dgn kerenah merka?
Sabar juga tetapi hak kita kena diutamakan.
Bersikap tolak-ansur dengan memberi maklumat benar.
Jika ada kepincangan kita beritahu dengan profesional.
Aku ini pandai nasihat tetapi kekadang aku ini boleh naik darah, orang silatlah katakan.
Sabar je le.Tetapi kekadang ada insan lain mengambil kesempatan atas sikap kita tu.
Kesian ibu_suri tentu dia sedih tak dpt pegi jalan2
ya saya pun nak hidup lama, petua yang berguna untuk jadi ingatan saya yang sangat mudah naik berang.
kakcik,
50 persen lagi tu apa agaknya..
kamsiah,
tapi jangan sabar yang memakan diri.
hrusli61,
memang dah tugas kita saling nasihat menasihati walaupun kita juga serba kekurangan.
ummi miqdad,
kena bijak juga dalam menilai suasana untuk sabar yang bagaimana.
tanpa nama,
petua yang ni tak hanya diajar dalam universiti pengalaman.
petua hebat untuk hidup lebih berkat
setuju dgn ayt last tu..
sgt2 bersetuju..
kdg2 marah x mendtg apa2 kesan.. yg berubah emosi kita menjadi lebih tertekan..
besar pengorbanan IM..
moga disana, yang baik2 tempat IM..
semoga IM sabar hadapi segalanya...
sudais,
bukan petua biasa-biasa tu tapi dari pengalaman.
ladybird,
ya... relaks itu lebih menenangkan.
cr,
hebat doa cr tu.
mp,
masih sabar dan insyaAllah.. sabar
Catat Ulasan