Sabtu, 3 Disember 2011

Kerja Tuhan

Foto salin dari blog ini

Macam disetiap hari yang lalu, aku bawa ibu_suri pergi makan dan siar-siar lepas saja selesai solat Isya', semalam. Dapat panggilan dari Angah beritahu kenderaan jem teruk dari arah Seberang Jaya ke Lebuhraya Utara. Aku sesaja membawa ibu_suri balik melalui lebuhraya untuk meninjau. Memang benar sangkaan aku; ada kemalangan sekitar kawasan Sungai Dua.

Kemudian aku keluar ke arah Bukit Mertajam/Ipoh. Aku singgah di Esso sekadar untuk isi masa dengan rehat sebab terasa mengantuk. Tapi hati rasa tak sedap bila dengar bunyi lain macam dari enjin. Aku keluar dan terlihat air mencurah turun dari radiator ke  muka jalan. Aku tak perasan rupanya tadi meter suhu enjin dah melepasi takat merah.

Sementara menunggu Angah datang, aku menalipon Smart Assist Perodua. Hajat asal sekadar nak bertanya apa yang aku boleh buat. 

"Saya pun tak pasti, encik. Saya bukan mekanik. Nanti saya talipon  kereta tunda untuk tarik kereta encik."

Alhamdulillah. Tersangat Alhamdulillah sebenarnya kerana masalah di Kancil aku ni berlaku bukan di lebuhraya tadi sebaliknya di Esso, tempat yang lapang dan selamat. Aku pun tak tahu kenapa aku tiba-tiba saja nak rileks di sini. Itulah yang dinamakan kerja Tuhan. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. 

Aku memandang ibu_suri yang wajah bersahaja masih duduk diam di kerusi sebelah stereng. Aku tak fikir ini kerana nasib baik aku tetapi lebih kepada simpati Tuhan terhadap ibu_suri.

10 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

IM..
Rahmat Allah memang luas..
dalam kepayahan dimudahkan urusan..
ALhamdulillah..
Muga IM dan Ibu Suri dapat menikmati angin petang sabtu dan ahad ini..

a.samad jaafar berkata...

entah kerana apa.. hati saya tersentuh sewaktu membaca pengakhir cerita ini..

S..U..D..@..I..S berkata...

sllu dikatakan setiap kejadian ada hikmahnya.
simpati Tuhan pada pasangan ini.
segala urusan dipermudahkan.

insan_marhaen berkata...

ibu n abah,
bukan angin tapi nasi minyak rumah jiran..he..he..

malam ni tolong potong-potong bawang. esok pagi baru tolong masak-masak..

a. samad,
kata orang, menulis dari hati memang mudah menyentuh perasaan pembaca..

sudais,
sabar dan tenang adalah kunci segalanya.

Aida Ali berkata...

Syukur atas segala sesuatu yang ditakdirkanNYA resepi terbaik buat kita. Semoga Tuhan terus merahmati kehidupan kita.

Temuk berkata...

Subhanallah. Begitulah DIA menolong kita. Ada sahaja cara-Nya. Semoga IM dan Ibu Suri sihat sentiasa.

Ummi Miqdad berkata...

Tersentuh dan sayu pabila membaca
bait2 akhir dlm coretan Im.
Allah sentiasa menolong hambaNya selagi mana kita membantu AgamaNya
Semoga IM dan ibo_suri sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Yang Maha Esa.
Amin Ya Rabb

insan_marhaen berkata...

aida ali,
resipi terbaik buat blog ini juga. tkasih atas doa.

temuk,
banyak kali IM terima pertolongan Allah dari pintu yang IM tak terfikirkan. IM tahu, itulah berkat sabar!

ummi miqdad,
IM percaya Allah sentiasa telus menolong hambaNya walaupun hamba itu sendiri kekadang terlupa pada Tyhan!

Citarasa Rinduan berkata...

sentiasa mendoakan yang baik2 buat IM sklrg..
walau dilanda dugaan.. ayu tahu IM tabah..

LadyBird berkata...

Alhamdulillah :)..