Halaman

Ahad, 18 Disember 2011

Malu Pada Taici

Baru balik dari riadah daki Bukit Tok Kun. Khabarnya, Mengkuang Dam dalam proses pembesaran. Justeru itu aku kaleh lokasi riadah selaluku ke sana.

Seperti selalunya aku buat regangan badan sebelum mendaki. Tak jauh dari aku, sekumpulan Cina sedang membuat senaman Taici. Ada juga beberapa orang Melayu ikut sama dari belakang berdasarkan tudung kepala yang dipakai. Senaman Taici setahu aku kombinasi pergerakan fizikal dan pernafasan.

Menaiki tangga ini untuk buat regangan di atas.  Foto ihsan di sini

Aku mulakan pendakian secara perlahan. Dah lama tak mendaki bukit ni. Teringat juga kawan-kawan yang selalu bersama mendaki dulu - blogger Jendela Hati (JH) dan Habuna Trading (HT). Tapi aku tahu, mereka sibuk. JH sibuk dengan Pameran Pedang Nabi Muhammad di Dewan Sri Zaleha, NAZA, Gurun berakhir hari ini. Berkali-kali dia mengajak aku bersama. Bukan tak mahu tapi sejak kesihatan ibu_suri begini agak terbatas aktivitiku ini. HT pula mungkin sibuk dengan kateringnya.

Sekerat saja pendakianku, aku turun semula sebab nak jaga juga kondisi lutut. Boleh dikatakan seperti selalu yang aku lihat, orang Cina lebih memonopoli tempat riadah begini berbanding Melayu. Hinggakan pendaki bangsa Cina ini ujudkan kumpulan hikers dan ada pos rehat mereka sendiri di sini. Riders juga nampaknya semakin ramai.

Sebaik saja aku turun, terdengar bunyi muzik yang aku sendiri tak faham muzik jenis apa. Ala-ala lagu crazy frog tu la.. Akan tetapi yang membuat aku hampir nak 'tutup muka' dengan kumpulan Taici tadi ialah rupanya muzik itu dari kumpulan senamrobik yang rata-ratanya 'mak budak' memakai tudung. Satu kumpulan ber t-shirt warna merah dan satu lagi warna oren. Terkinja-kinja mereka menari di kawasan lapang tanah tinggi. Makin ramai yang melihat, makin bersungguh-sungguh pula mereka meguak dada dan menggoyang punggung.

Aku berlalu saja dari situ dengan rasa malu pada bangsa sendiri. Aku singgah makan di gerai simpang Jalan Kolam dan singgah solat Dhuha di Masjid Ceruk Tok Kun. Di rumah, ibu_suri masih tidur...!

10 ulasan:

Deru Ombak berkata...

IM..awak buat saya ikut rase malu.. (selalu guna ayat segan..org utara ingat nanti saya "malas").. :)

Marina Monroe berkata...

Ibu suri kenapa tak nak itut? Dia malas yea?

insan_marhaen berkata...

DO,
rasa malu itu tanda masih ada iman.

MM,
ibu_suri sejak menghidap psikitiarik ni memang tak mahu beraktiviti. ditambah pula dengan masalah obes, mendaki bukit bukan bagus untuk dia...

~SaL IjOu~ berkata...

bab2 exercise ni mmg golongan cina yg memonopoli..sy selalu gak g kwsn exercise menaiki bukit,mmg bley bilang berapa kerat je org melayu~ hmm..

S..U..D..@..I..S berkata...

suka tengok maknya2 bertaichi kat taman rimba..gigih dan rajin...

Anonymous one berkata...

Pak cik IM.. wah lama tak mai layan lagu kat sini.. Banyak tumpu kat blog AHP.. ok.. saya pun kaki jogging gak.. walaupun sebenarnya saya banyak jalan dr jogging hehe.. saya suka dengan golongan taici di kawasan rumah saya. Teringin nak ikut tapi malu pula hehe.. Ya kalau Riadah memang banyak cina dari melayu. Orang melayu masih lagi di tahap yang rendah untuk menjaga kesihatan apapun.. kita boleh ubah pelan2.. segalanya bermula dari saya. Saya dok jogging ni pun pak cik sorang2 adik-adik xmau teman.. xpalah... saya slow2 lah ajak depa buat perubahan. :).

insan_marhaen berkata...

sal ijou,
orang melayu lebih banyak tumpu pada cari rezeki atau lepak kedai kopi..

sudais,
nasib baik maknya yang ramai suka taici. amoey lebih suka daki bukit.

anonymous one,
ya.. IM pun dah lama tak singgah ke blog AHP.AHP pun dah lama tak komen blog IM..

Ummi Miqdad berkata...

Seronok betul dapat mendaki ye IM,minggu lepas pegi Taman Bukit Panchor Nibong Tebal kononnya nak joggingvand anak2 nak mandi kat situ tetiba hujan so kecewa gak lak mereka.Petang sikit pegi Pulau Aman bawa semua anak2 treking kat hutan
Pulau Aman bawa semua anak2 seronok mereka .InsyaAllah kalau rajin nak pegi ke Ceruk Tok Kun tapi tak tau kat mana tempat mendaki ni.Sesuai ke bawa anak2 kecil sebab ada yg berusia 2 tahun.

insan_marhaen berkata...

ummi miqdad,
insyaAllah.. amat sesuai untuk bawa anak-anak. ada sungai pula dan boleh mandi lepas mendaki. parking kereta luas. ada kera di sepanjang jalan.

boleh shopping juga. hari tu, IM tengok ada orang jual pokok cendawan dalam pasu. cantik untuk hiasan.

LadyBird berkata...

eii.. tumpang malu.. huhuhu
mungkin rs megah kot org tgk..