Halaman

Rabu, 14 Disember 2011

Opah vs cucu

 

Mak talipon aku 2 hari sudah. Ceria suaranya bertanyakan khabar aku. Tentu saja aku jawap… sihat! Dan lagi, dia  bertanya betul ke hasrat Angah nak buat majlis naik buai anak dia di kampung?

"Elok juga kalau kita sekalikan dengan majlis kahwin Kida. Pagi tu anak Angah naik buai buat dengan marhaban, ya!”

Angah pernah bertanyakan pada aku sebelum ini dan aku terangkan pada dia;

“Aqiqah, cukur rambut dan beri nama yang baik-baik pada hari ke 7 itu sunnah. Naik buai ni cuma adat. Utamakan sunnah. Kemudian baru fikir pasal adat. Adat ini lebih kepada hendak bergembira disamping berhimpun sesama keluarga, itu jer...”

Tapi bila sesekali fikir bagus juga jika dapat menyemarakkan semula majlis naik buai dengan iringan marhaban. Bukannya sesuatu yang lagha'.

Dapat aku bayangkan betapa meriahnya nanti penyatuan majlis cicit mak yang sulong dengan walimah Kida, anak mak yang bongsu. Atau dengan kata lain, pagi majlis naik buai untuk cucu dan tengahari majlis naik pelamin untuk opah su.

Ayu - Isteri Angah, dijangka melahirkan anak sulong pada bulan 2. Kida pula dijangka melansungkan perkahwinan pada bulan 3.

Kalau arwah abah masih ada tentu lebih meriah. Abahlah nanti yang akan sibuk dengan kamera dan pasang sound system.

4 ulasan:

kakcik berkata...

Salam IM...

kakcik ketinggalan agaknya. Isteri Angah dah bersalin ya? :)

Marina Monroe berkata...

Salam IM,

Akak dah lama tak tinggal jejak dan masuk blog IM, Tahniah IM dah dpt cucu.

Alhamdulillah..

iBu...gUru berkata...

tahniah .......
dah dapat title datuk

insan_marhaen berkata...

kak cik,
belum lagi. bulan 2 nanti..heh..heh..

marina,
IM dah membetulkan entri di atas dengan memaklumkan insyaAllah bulan 2...

ibuguru,
ooooo..... :-)