Halaman

Ahad, 11 Disember 2011

Diri Kita


Semalam aku bawa ibu_suri bersiar-siar hingga pukul 3 pagi. Banyak etong pula ibu_suri malam ni. Boring... boring... itulah perkataan yang keluar dari mulutnya berkali-kali malah setiap hari dan mendengar itu aku jadi semak perut. 

Di sepanjang pemanduan itu aku melihat kemalangan kereta, pemandu memotong kenderaan serta lampu isyarat ikut suka hati. Aku nyaris-nyaris terbabas bila ibu_suri tiba-tiba menyilang tangan hendak menekan hon pada stereng yang aku sedang kawal. Geram sangat dia pada yang tiba-tiba menyalakan lampu high beam di belakang kami. Agaknya marah kerana kereta kami berkelajuan 50km/j sahaja berbanding Hiluxnya itu.

"Kenapa mesti hon pada dia. Biarlah dia potong kita. Dia nak terberak agaknya." respon aku begitu pada ibu_suri.

"Sebab itu I tak boleh bawak kereta, agaknya."

"Kalau you bawak kereta lagi tinggi darah you naik." jawapku. Erkksss.. Kekadang terasa macam terlepas cakap!

"Kita nak rasa seronok bawa kereta. Jadi kenapa perlu ada rasa marah dan geram. Jalan ini bukan kita sorang guna. Ada ribu-ribu orang di sini. Dan ada ribu-ribu ragam. Mereka juga ada hak macam kita. Jadi biarlah mereka dengan ragam mereka. Kita jaga pemanduan kita, sudah la.."

Aku singgah seperti selalunya di Esso membeli kudapan. Sambil berjalan masuk ke Tiger Mart, aku lihat sekumpulan anak remaja dengan basikal mini. Salah seorangnya berkayuh sambil mengangkat roda depan. Setengahnya sedang mengepam tayar basikal. Semuanya anak bangsa kita. Dah hampir jam 3 pagi. Apa ke halnya merayap tetengah malam ni!

Aku geleng kepala. Teringat artikel ini yang sempat aku baca. Mereka nampaknya sudah berjaya! Oppsss.... Anak-anak aku di mana sekarang ini?

12 ulasan:

zul permatang badak berkata...

nilai diri perlu dibina dari awal...yang baik serta elok dibungkus kemas disorok simpan.......

yang tidak bernilai disimpang jalan,dicemuh digeleng.......
pada siapa harus ditanggungjawabkan...tentang sikap yg kadang2 tidak sesuai......

mujur anak2 masih mendengar kata..........
itupun diulang berkali-kali....

LadyBird berkata...

susah nak control kemarahan..

kalau lady... lady susah nak tekan hon walaupun org lain yg salah..

lady selalu doa.. dia salah ke lady slh ke.. mintklah semuanya selamat.. xde langgar2.. xde kemek2.. sebab lady penakut..

S..U..D..@..I..S berkata...

mintak dijauhkan sifat cepat marah semasa memandu kerna hal demikian boleh hilang fokus dan mengundang banyak risiko.......

insan_marhaen berkata...

zul,
anak zaman kini... tak kisah pada teguran ibubapa.

ladybird,
kekadang bila terlalu takut itulah yang menjadikan kemalangan

sud@is,
benar. emosi yang tak stabil boleh buat kita hilang kawalan.

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah..
Beruntungnya ibu suri dapat suami yg melayan kehendaknya nak keluar makan angin walau dah pukul 3pagi..
Salam buat ibu suri..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Suasana kak naik kereta lain sikit, kurang marah sebab tak nampak jalan depan, kiri kanan, dalam kereta seat dibaringkan,nampak langit dan pokok-pokok sahaja..andai nampak agaknya ada juga rasa nak marah tu.

nyanyisunyi berkata...

Salam IM
mudah2an Allah sentiasa beri kekuatan IM melayan apa saja kerenah ibu_suri...

bila lihat anak2 remaja usia begitu kita pasti teringat anak2 kita...dimanakah mereka,apakah yg mereka buat dan dgn siapa mereka berkawan...kerisauan tidak pernah hilang walaupun seminit..

insan_marhaen berkata...

ibu n abah,
IM terpaksa terima hakikat ini dengan lapang dada kerana IM tahu ini kehendak Tuhan bukan kehendak dia.

werdah,
itulah hikmahnya. kurang tension jadi tekanan darah terkawal. terimalah keadaan ini seadanya. begini lebih baik dari lansung tidak boleh berjalan ke mana-mana.

nyanyisunyi,
memang betul tu. selagi mereka tidak dewasa dan matang selagi itu hati kita diulit resah mengenang ke mana mereka pergi. hanya doa dan nasihat yang dapat diberi. selebihnya muga Allah yang pelihara mereka.

kakcik berkata...

Walaupun ada lesen, kakcik tak pernah memandu kerana suami tak beri. :(

Deru Ombak berkata...

IM... Tu Nama nye sayang isteri.. Nak dimarah sayang.. Nak ditinggal takut rindu.. Ikutkan jek.. Thrill jugak camtu..

Jangan marah bila memandu.. Cool..

Bercakap tentang anak-anak,, hanya Tuhan saja yang tahu dalam hati ibu bagaimana...

insan_marhaen berkata...

kakcik,
ibu_suri pun sama. ada lesen dan mahu bawa kereta tapi IM saja bagi helah.

Deru Ombak,
IM cuba tidak marah semasa memandu. lebih selesa bawa kereta bila gitu.

As berkata...

Sabar sangat penting time drive.

Btw, As percaya ibu ayah yang didik anak ikut sunnah insyaAllah dapat hasilkan anak2 yang baik. InsyaAllah. Pada Dia jugak kita mohon.