ibu_suri ke Masjid Kristal - destinasi ibadah atau pelancungan? |
Khutbah di Masjid Bayan Baru Jumaat lepas disampaikan oleh khatib undangan. Jarang Masjid Bayan Baru ini memberi peluang khatib lain berkhutbah. Justeru itulah agaknya, ramai jamaah yang tertidur kerana nada suara khatib yang mendatar, teks khutbah yang stereotype dan isu yang dilontarkan tidak kontemporari.
Tertarik dengan isi ucapan yang sempat aku catat ke dalam talipon bimbit aku. Kita ini, ujar khatib itu, perlu bersyukur dengan 2 nikmat yang Allah berikan pada kita. Itulah nikmat Taufiq dan Hidayah. Taufiq bermaksud keupayaan kita berbuat sesuatu. Hidayah bermaksud petunjuk yang Allah campakkan ke dalam hati kita. Ada orang yang Allah beri Taufiq tetapi dia tidak pun berbuat amal kebaikan. Ada orang yang mempunyai Hidayah tetapi tak mampu bergerak untuk membuat amal.
Aku kongsikan isi khutbah itu dengan ibu_suri dengan hasrat dia juga akan mendapat manafaatnya. Muga-muga, dengan input sebegini akan menjadi penolak kepada semangatnya untuk lebih positif dalam menerokai dunia separa normalnya ini.
Dengan nada cuba mengusik, aku memberi cadangan;
"Ha.... apa kata kalau cucu kita itu lelaki kita suruh Angah namakan Taufiq. Kemudian jika lahir cucu kedua dan perempuan kita namakan Hidayah?"........ Diam!
14 ulasan:
Salam Tahun Baru IM dan Ibu Suri...
Cantik nama dan makna Taufik dan Hidayah...
Alhamdulillah... dapat berkongsi Khutbah yang sungguh bermakna.
Terima kaseh IM.
Salam IM..
nama yg sangat indah dan bermakna jika itu pilihan buat cucu2 IM kelak...
mudah2an kita sentiasa mendapat taufiq serta hidayah daripada Allah SWT
dulu kalau kawan nama hidayah selalu tanya mana taufik nya haha.
Nikmat iman dan nikmat islam yeahh terbaik!
ibu n abah,
insyaAllah, kalau ada isi khutbah yang baik, akan dikongsi lagi..
nyanyisunyi,
tak dapeklah den maeghaso aih... Angah bekonan dengan namo DHIA tu juga..
AO,
nikmat yang dianugerahi Allah, perlu diguna sebaiknya..
Mungkin ibu_suri tidak memberi tumpuan keoada apa yang IM cakapkan...
moga Allah swt memberi kita kedua-duanya (taufiq dan hidayah) supaya petunjuk Allah itu berjalan sempurna..
Salam Ziarah,
Selamat Tahun Baru, emm....cantik nama utk cucu tapi setuju ker Angah dan isteri nanti?
ibu suri dah ada nama lain kot.. :)
selamat tahun baru buat Im skluarga
ayu mendoakan ibu suri sihat2 sahaja.
dan IM berbahagia selamanya
IM..
kalau ada 2 baby baru ngam kan???
taufiq dan hidayah..
mmg sesuai u nama budak2 zaman 2012.. tak perlulah ibubapa boh nama panjang2..
kalau semua lelaki, macamana ?
dah ada tanda2 nak dapat cucu ke ?
Alangkah nikmatnya hidup jika DIA memberikan kita taufik dan hidayah berpanjangan. Selamat Tahun Baru 2012. Semoga IM dan ibu suri bahagia selalu.
kakcik,
ibu_suri selalunya jarang bersependapat dengan IM dalam banyak perkara.
dinar,
muga allah juga beri kita keluarga yang bahagia.
marina,
Angah dah pilih nama sendiri rasanya. dan itulah yang IM selalu bagitau dia yakni bagi nama yang baik baik itu tanggungjawap dia sebagai bapa.
norh,
ibu_suri ni tak tetap pendirian. sat suka nama tu, sat nama ni..
cr,
kalau dapat sepasang sekali gus memang best tapi kalau dapat sepasang hero, mau kurus kering ayu menjaganya nanti.
al lavendari,
insyaAllah, bulan 2 nanti.
temuk,
sebenarnya kebahagiaan itulah nikmat yang paling berharga..
Assalamu'alaikum IM
Taufiq dan hidayahNya amat kita perlukan, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganNya. Mudah2an kita dapat berusaha kuat lagidi samping sentiasa memohon pertolonganNya.
Catat Ulasan