Semasa menunggu Ayu di wad bersalin Hospital Seberang Jaya minggu lepas, aku sempat kenal dengan seorang Myamar. Dia juga sedang menunggu isterinya. Seorang diri saja dia.
Dia bekerja sebagai tukang menerap jubin lantai. Gajinya sekitar RM100 sehari. Taukehnya seorang Cina. Dan 8 tahun di bekerja di sini. Punyai sebuah kereta dan menyewa di Taman Cenderawasih, Perai. Fasih benar pertuturan Melayunya. Sebijik gaya cakap orang Balik Pulau.
Sedang asyik berbual itu tiba-tiba jururawat memanggil namanya. Agak lama juga mereka berbual. Dari jauh aku perasan, ada sesuatu yang tak kena dari raut wajah Myamar itu.
"Anak saya meninggal masa lahir." sambil menyeka air mata.
"Isteri?" tanyaku.
"Isteri ok. Tadi tu bincang dengan jururawat supaya hospital uruskan pengkebumian anak saya. Saya sebatang kara di sini. Mana tahu nak buat itu semua."
Aku menggosok-gosok belakangnya.
"Sabarlah. Tuhan itu Maha Mengetahui apa yang berlaku. Alhamdulillah isteri awak selamat. Jika ada rezeki nanti, insyaAllah akan dapat anak lain. Sebab itu Tuhan ambil anak kamu dan tinggalkan isteri itu untuk kamu cari zuriat baru."
"Kamu sebenarnya beruntung kerana anak yang meninggal semasa lahir, insyaAllah akan bulat-bulat masuk Syurga. Dia tunggu kamu di sana dan mudah-mudahan dengan syafaatnya dia akan berdoa untuk kamu dan isteri kamu."
Aku teringat adikku Mamat, juga kematian anak ketika baru lahir. Setahun selepas itu dia dikurniakan dengan anak yang kedua Aqeef namaya.
Keluarga Mamat |
17 ulasan:
segala yang di dunia ini kepunyaanNYA..
Bersedeh dan bersyukur pada masa yang sama..
tahniah kerana mendapat gelaran dato' yang tidak boleh ditarik balik.
kalau diambilnya isteri susah juga nak besarkan anak
salam IM
sedihkan, kalau diambilnya isteri?? kesian anak
norh,
ya.. kita tiada kuasa apa-apa.
dm,
itu bahagian dia. kita, belum tahu.
al lavendari,
berbaur perasaan juga nak terima gelaran itu.
sudais,
tuhan itu maha mengetahui mana yang terbaik buat hambanya.
imanshah,
insyaAllah, rezeki ada dimana mana
positif lelaki Myanmar itu, itu sepatutnya mentaliti seorang Muslim..
apapun, tahniah IM sudah menjadi datuk!
Salam IM,
Tahniah kerana sudah menjadi datuk... semoga Anak IM dan isteri dikurniakan Allah Hidayah dan Mawaddah dalam membesar dan mendidik anak mereka menjadi seorang yang soleh InsyaAllah ...
Smoga IM terus komited menulis di blog ini..agar saya dapat membacanya selalu ...
tahniah IM
tahniah sekali lagi
alhamdullilah.. rasa cepatnya berlalu...
Im dah bergelar atok....
PS: semoga syurga tempatnya buat semua anak2 yang pergi sebelumnya..amin
Sudah ketentuanya begitu.. ibu saudara saya juga begitu anak sulongnya meninggal kemudian lahir.. yang kedua dan yang ketiga.
Saya ada baca anak kecil walaupun meninggal ketika kecil kena buat akikah juga.. rasanya baca di web ust zaharuddin. wallahualam
bapak,
ya.. sikap positif pada musibah yang menimpa adalah lantaran keyakinan kita pada hikmah disebaliknya.
azzah,
itu yang IM harapkan. angah akan berusaha mendidik anak mereka menjadi insan yang baik.
cr,
cepat masa berlalu. tahun depan cucu IM boleh berjalan dan berlari.
ao,
kena buat aqiqah dan malah jika lahir selepas bulan syawal terbit, kena bayar fitrah juga.
kita sebenarnya tak punya apa-apa..moga pemuda itu tabah dan yg pasti dia telah mempunyai saham di akhirat...anaknya penghuni syurga!
Ajal maut di tangan Tuhan...
tula...nasib dia...nasib kita tak tau camana....
Kematian memang sesuatu yg menyedihkan. Tapi kita kenalah tabah menghadapinya.
dinar,
anaknya penghuni Syurga. Kita tak tahu bagaimana!
sham,
itulah pegangan yang membuatkan Myamar itu reda menerima ketentuanNya.
guest,
berdolah pada Tuhan muga kita juga akan bersama bayi kecil itu di sana.
kunang-kunang,
apa lagi yang boleh kita perbuat melainkan sabar!
smg digantikan dnegan anak yang lain.. ank yang diambil itu aset di sana nanti.. insya-Allah..
Catat Ulasan