Isnin, 9 Januari 2012

Miscall

Seperti selalunya hujung minggu, aku ziarah mak dan abah mertua di Taman Buah Pala, Bukit Gelugor. Sesampai di sana, aku letak talipon bimbit dan kunci kereta di atas almari. Jam 8.30 malam, baru perasan rupanya ianya dalam off  mode ketika teringat untuk bertanya Angah samada Ayu akan datang tidur di rumah kami atau sebaliknya.

Bila on semula, bertali arus miscall masuk. Miscall paling awal jam 4.07 petang. Rupanya, Angah nak beritahu Ayu dikejarkan ke hospital. Bayi dalam kandungan yang dah lengkap 36 minggu di dapati tidak bergerak.

Aduh, kasihan Angah kerana terpaksa seorang bergelut menguruskan isterinya yang sarat sedangkan aku dan ibu_suri bersantai di rumah baru mertua.

Begitu pentingnya talipon yang siap siaga di saat-saat memerlukan begini. Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa bateri talipon ini cepat kehabisan kuasa walaupun sebenarnya boleh dikira ia masih baru.

'......pssttt...... bagaimana dengan call (azan) dari Tuhan? Apatah lagi kalau ianya sudah menjadi miscall...'

10 ulasan:

Deru Ombak berkata...

Salam IM.. Ni mesti jiwa tak tenteram rase bersalah pada Angah ni.. Kalau dah sarat tu 36 minggu IM.. Bukan 36 hari...

Cemane keadaannya sekarang?

kakcik berkata...

kakcik pun terkejut dengan ayat 'dah 36 hari tidak bergerak'...

nur berkata...

Salam IM.. Iya la..... Camne keadaannya.. Harap baik semuanya..

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Semoga menantu dan cucu selamat.

insan_marhaen berkata...

DM,
ai..sey... tkasih kerana pembetulan. dah ammend!

kakcik,
mungkin ok agaknya. IM di tempat kerja sekarang ni. Angah belum lagi beritahu perkembangan terkini.

nur,
gerak hati IM berkata, insyaAllah ok..

kunang-kunang,
mudah0mudahan gitulah hendaknya.

Ibu n Abah berkata...

IM..
semuga kandungan menantu IM akan bertambah baik bila dah dimasukkan ke hospital.
panik jugak agaknya pasangan ibubapa muda tu.. mencari ayahnya tak dapat...

LadyBird berkata...

kesiannye.. skrg isteri angah dh ok ke? atau mcmn? huhu.. lain kali uncle im bw je kemana2 henset tu yer.. huhuhu

insan_marhaen berkata...

ibu n abah,
ayu masih ditahan kerana gula dalam darah meningkat.

ladybird,
IM memang rimas kalau ada benda-benda besar dalam poket.

Anonymous one berkata...

Semoga semua keadaan dalam keadaan baik amin

Bearcat berkata...

Semoga segalanya dipermudahkan dan dalam penjagaann Allah senantiasa.