Ahad, 15 Januari 2012

Subuh Gajah

Foto ihsan dari ISMA

"Abang, bangun. Solat Subuh!" ibu_suri menggerak.

Aku membuka mata memerhatikan jam di talipon bimbit. Huishh... 7 lebih. Dah cerah rupanya. Sambil menggerutu  aku bingkas bangun untuk ke bilik air. 

Di bilik air, sambil membasuh muka aku berfikir - masih boleh buat solat Subuh ke ni? Atau niat Qada' je? 

Segera aku teringat semasa usrah dulu. Kami ada berbincang tentang kisah nabi yang balik dari peperangan. Kemudian bermalam di suatu tempat hingga terlajak waktu Subuh. Nabi bangun dan teruskan bersembahyang. Jadi, aku tetapkan hati untuk Subuh seperti biasa.

"Abang solat kat tepi I yer." pintanya yang memang masak dengan fe'el aku lebih gemar membentang sejadah di ruang tamu; di bawah kipas angin siling.

Aku mengiyakan saja walaupun kombinasi air sembahyang dengan belaian hembusan pendinginhawa, sejuknya menggigit tulang. Belum sempat mengangkat takbir;

"Abang, nanti you baca Quran dekat I ye. I nak dengar. Mak you selalu baca Quran lepas sembahyang."

"You baca sendiri kan lagi elok. Muqaddam pun takpa!"

"I dah tak boleh baca dah macam dulu!"

Hurrmmm... Aku faham. Usahkan Quran, kegemarannya dulu membaca majallah hatta sms pun dia seperti tidak mampu.

Sedari malam tadi sebenarnya ibu_suri tidak boleh memicingkan mata. Kaleh ke kanan kaleh ke kiri hingga terganggu tidurku. Bila dia lihat aku membuka mata, dia merayu minta bawakan dia siar-siar. Huu... Dah pukul 3-4 pagi. Tengah sedap menyarung gebar... Ada ke nak suruh pegang stereng kereta.

Aku mengangkat takbir. Nampaknya niatku untuk pergi jogging di Tasik Mengkuang selepas ini terpaksa dilupakan!

15 ulasan:

Deru Ombak berkata...

Hurmm.. Skarang saya faham bila IM pernah ckp bukan calang2 org boleh jaga ibu suri...

* picing = pejam
Salah satu bahasa org Banjar juga. ;)

IMANSHAH berkata...

seronok juga sekali sekala jalan2 dan bersiar pukul tiga pagi

Anonymous one berkata...

Adik AO pun cakap begitu, kalau terlambat bangun subuh terus solat ja.. Terutamanya kalau orang yang baru berjinak-jinak nak solat, subuh tu biasalah lajak sebab tak biasa..

Zul Fattah berkata...

dulu slalu jugak joging pagi2 sblum subuh.. tp bila dah masuk u.. semua lesap..

Ibu n Abah berkata...

IM..
ada subuh sepi'ee
ada subuh gajah..
subuh sepi'ee pulak pernah saya terkena solat subuh waktu azan pertama berkumandang...
tengok jam rupanya belum masuk waktu subuh...
tapi baik subuh sepi'ee dari subuh gajah, kan?

nur berkata...

KakYa.. Tq translate.. Baru nk tanya IM maksudnye..

S..U..D..@..I..S berkata...

baru faham
bukan senang nak tabah

Ummi Miqdad berkata...

IM seorg suami yg tabah.Teruskan mem belai ibu suri dgn penuh kasih sayang.
ada hikmah di sebalik ketentuanNya.
Bukan semua suami yg sanggup dan sesabar IM.Ummi amat hormati akhlak yg ditunjukkan oleh IM.
Terasa sedih n sayu bila teringatkan dugaan yg perlu dihadapi oleh IM dan ibu suri.
Sesungguhnya semakin kita diuji,
semakin dekat kita dgn Allah swt.
Semakin tawadduk dan rendah diri kita padaNya Rabbul Jalil

a.samad jaafar berkata...

assalamualaikum IM..
catatan saudara selalu menyentuh hati saya.. moga ketabahan diberikan ganjaran yg selayaknya..

tahniah krn menjadi suami yg baik..

insan_marhaen berkata...

DM,
bukan calang-calang orang kecuali meraka yang amat memahamiibu_suri, yang ikhlas dan yang berjiwa besar!

imanshah,
best kalau tak ngantuk. takut sadis kalau ngantuk depan stereng.

AO,
tuhan maafkan hambanya yang terlupa atau tak sengaja.

ZF,
Nanti bila dah kahwin,lagi la sibuk. sebab itu lah perut pun naik ngalahkan perut isteri yang ...

ibu n abah,
tapi lebih baik daripada yang lansung takada subuh dalam kamus hidupnya...

nur,
itu bahasa orang-orang tua.

sudais,
tabah tidak diajar di U. ianya cuma ada pada mereka yang mengharungi susah payah.

UM,
udah menjadi tanggungjawap IM selaku suami yang masih ingat dan berpegang teguh pada baiah semasa akad nikah dulu.

a samad,
memang tujuan IM, disamping kerana suka menulis dan mahu membuat biografi hidup sendiri, diharap dapat memberi manafaat pada orang lain juga.

indahnya hidup ini jika banyak memberi sekadar terdaya...

Temuk berkata...

As-salam IM
Kada guring, kada picing, pastilah lemah badan sepanjang hari. Apa lagi kalau siangnya kena bekerja. IM sememangnya dipilih oleh-Nya sebagai pemilik kemampuan fizikal dan jiwa yang hebat. Alhamdulillah!

Dinar berkata...

IM, moga terus tabah...ibu_suri jgk kerana dia sedang menanggung "kegelisahan" yang tidak tertanggung...

NzA berkata...

Islam itu indah jika kita mendalaminya.......Allah sentiasa memberi ruang kepada umatNya...

insan_marhaen berkata...

Temuk,
Fizikal taklah kuat. Kekuatan rohani mungkin mewarisi kekuatan mak yang juga pernah menjaga abah IM yang berkeadaan seperti ibu_suri juga.

Dinar,
Kerana memahami dan bertanggungjawap atas dia buatkan IM insyaAllah, akan terus berada di sisinya walaupun sukar.

NzA,
Islam itu indah bagi yang mahu berfikir!

LadyBird berkata...

banyak yang kene sabar dgn ibu suri... xpe.. ganjarannya pahala insyaAllah..