Isnin, 16 Januari 2012

Tepuk Dada Tanya Iman

Foto salin dari:  haaretz

Ini hari ibu_suri berpuasa sunat. Memang kekadang mengagumkan juga. Berbanding sebelum ibu_suri mengidap Schizophrenia, kini dia lebih kuat beribadah. Kekadang aku rasa bersalah jika tidak kuat menyokongnya dari belakang. Tetapi kalau terlalu menyokongnya, aku pula yang letih kerana hampir semua pergerakkannya aku kena bantu.

Balik saja dari kerja aku terus bawa ibu_suri pergi makan. Restoran kegemarannya sekarang ini ialah di Kampung Koskam. Beli nasi bungkus dan singgah di Petronas Kepala Batas. Makan di dalam kereta memang habitnya. Pinggan, sudu, tisu memang sentiasa tersedia dalam Kancilku ini. Aku akan membantunya membasuh tangan, pastikan tulang diasingkan dari isi ikan serta siagakan minuman.

Selalunya akan ada seorang pakcik sebaya abah aku menjaja roti dan buah-buah kepada setiap pelanggan di Petronas sini termasuk aku. Tapi malam ini tak nampak pula dia. Teringin pulak nak beli roti kepala lutut yang sedap di makan bercicahkan kopi o kaw... 

Selesai makan, aku bawa ibu_suri ronda. Biasalah, selagi tidak bertemu jarum jam, ibu_suri takkan mahu balik.

Aku memandu ke Sungai Dua terus memasuki lebuhraya menghala ke Seberang Jaya. Jem lah pulak. Aku sabar saja. Jalan sedang dinaiktaraf. 3 lane akhirnya menjadi satu. 

Tiba-tiba aku terpandang kelibat sesaorang seperti sedang bersembahyang. Ya..satu fenomena yang ada berlaku tapi jarang dapat aku aku lihat. Dengan memakai baju keselamatan berwarna oren, pekerja itu sedang mengerjakan sembahyang di atas jalan raya yang baru selesai diturap. Bersahaja solatnya itu tanpa memperdulikan lalulintas. Ini membuatkan aku segera teringat akan Presiden Iran - Mahmoud Ahmadinejad yang juga kerap tersiar gambarnya di internet sedang bersembahyang di mana-mana saja tanpa protokol.

Bukanlah alasan lagi bagi sesiapa pun yang bergelar Muslim untuk tidak mahu bersembahyang hanya kerana keadaan kerja yang tidak kondusif. Sebenarnya, tepuk dada tanya selera.... ehh... tanya iman!

13 ulasan:

NUR berkata...

IM.
belum pernah lagi melihat keadaan yang sedemikian.

Alhamdulillah..

ashrafi berkata...

Assalamualaikum.

Semoga kita yang sihat walafiat ini juga punya 'kekuatan' untuk mendirikan ibadah yang sepatutnya.

Deru Ombak berkata...

Salam IM,,

Kalau kat Malaysia agak pelik sikit,, sbb dinegara kita banyak mesjid dan surau disediakan.

Ibu suri sehat?

aku HIV positif berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Anonymous one berkata...

Alamak terkomen dengan acc abah hehe.. tengah setting acc abah ni.. aduh komen balik yang tadi saya delete :D

Saya biasa tengok golongan ibu sembahyang beramai-ramai di tepi swah selepas penat bekerja sawah. Masa tu tidak ada kamera kalau ada pasti saya snap.

Ya Malaysia kini lebih terbuka, lagipun Malaysia mempunyai kemudahan surau dan bilik air di stesen minyak dan lebuhraya.. hanya nak atau tak nak

norh berkata...

Islam memudahkan umatnya..

Dinar berkata...

penah tgk orang bersolat di tanah lapang...itu pun kat arab...Alhamdulillah jika keadaan ini telah mula kelihatan di sini, bermakna kita sudah mula faham ibadah dlm Islam itu sebenarnya mudah..

S..U..D..@..I..S berkata...

Moga lebih banyak lagi kita nmpak keadaan demikian dibumi malaysia, tanda negara Islam

insan_marhaen berkata...

nur,
IM pernah lihat malah pernah buat.

ashrafi,
ya.. bukan mudah untuk konsisten dalam beribadah di sebarang keadaan jika tidak ada kekuatan kurniaan Allah.

deru ombak,
kalau jem kat jambatan.. mana ada masjid melainkan solat ditepi. sanggup?

AO,
ya.. tepuk dada tanya iman!

insan_marhaen berkata...

norh,
umatnya pula janganlah menyusah-nyusahkan pula!

dinar,
bebaru ni ada dibuat solat maghrib di stadium bandaraya, pulau pinang.

sudais,
kekadang, pemulanya ialah diri kita sendiri.

aku HIV positif berkata...

maaf IM,
kesibukan melampau membataskan kunjungan.
perkongsian yg sgt menarik.

Anonymous berkata...

IM rasa org kita ke tu or org seberang?

LadyBird berkata...

teringat je jalan penang yang tak pernah siap.. ade je tempat yang dibaiki.. ade je kwsn diubah..