tempoh lawatan cuma sejam |
Dari Hospital Besar Pulau Pinang, CT dikejar ke Hospital Besar Bukit Mertajam bilamana doktor pakar tulang bahagian kepala mengatakan bahawa sakit kepala yang CT alami bukan kerana keretakan pada tulang tapi mungkin telah berlaku sebelum ini.
"Doktor tanya, CT pernah kena sawan ke atau jatuh sebelum ini," ujar Kak Ona yang menjaga CT sejak dari mula CT terlantar di hospital.
"Mana kita tahu!" balasku.
Berbanding Hospital Pulau Pinang, Hospital Bukit Mertajam lebih selesa suasananya. Lagipun, ia lebih dekat dengan rumah kami.
Di dalam ambulan yang membawa CT merentasi jambatan Pulau Pinang dalam keadaan jalan yang jem dan hujan teramat lebat sekitar jam 6 petang, sakit kepala membuatkan CT menggelupur. Bila aku tahu begitu aku masih mengatakan bahawa CT masih dalam keadaan belum sembuh. Doktor masih tercari-cari puncanya.
Kesian aku pada Kak Ona. Dia sendiripun bukannya sihat benar. Bersamanya di hospital, ada secekak ubat-ubatan yang berbagai. Anaknya, Iffah masuk hari ini sudah 4 hari tidak ke sekolah. Makan minum Iffah juga terabai.
Aku pun tak faham kenapa adik beradik lain di pihak Kak Ona yakni kakak pada ibu_suri tidak ada yang mahu menawar diri untuk bergilir menjaga CT. Sudahlah CT ibarat sebatang kara lantaran mak dan abahnya bermasalah rumahtangga, ada saudaramara yang lain seperti asing buat CT. Kerap ibu_suri menawar diri untuk menjaga CT tapi mana bisa. Diri sendiri ibu_suri pun aku yang terpaksa pedulikan.
Semalam aku bayarkan bil Hospital Pulau Pinang berjumlah RM102. Nasib baik abah CT ada sikit simpanan. Selepas ini akan melihat ke bil Hospital Seberang Jaya pula yang aku agak 2 kali ganda.
Jika masih panjang rawatan CT di hospital, tentu kos meningkat. Ada ura-ura CT dibawa berubat cara kampung jika rawatan hospital ini buntu!
10 ulasan:
Salam IM..
Ini semua ujian Dari Allah...!! Semoga di tunjukan ruang
Penyelesaiannya.. InsyaAllah !
** di samping berusaha, berserah IM.. berserah!
ayu rasa idea berubat cr kampung mmg pilihan y baik, eloknya masa CT didalam rawatan hosp,, boleh juga rawatan kampung dijalankan..
moga CT kembali sembuh..amin
berdoalah senantiasa padaNya dengan yakin dan sabar kerna Allah maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
AO bukan tak setuju dengan berubat cara kampung, AO harap dapat di lakukan diagnosis ke atas siti terlebih dahulu.
Semoga siti cepat sembuh. dan harap dapat di cari punca siti sakit kepala.
kasihannya ct...sepatutnya saat2 mcm ni la nmpk byg2 keluarga tdekat..tp tdk bg ct..
Kesihan ct. Begitulah bila sakit tak tahu punca sebenarnya. Saya pernah mengalami sakit tak tahu punca ni. Sambil makan ubat hospital saya makan juga ubat alternatif iaitu homopati. Alhamdulillah. Kesembuhan tu dari ALLAH. Ubat tu penyebab.
saya doakan syifa dan dipermudahkan urusan. turut bersimpati dgn IM sekeluarga termasuk IM sendiri yg sentiasa umpama lilin demi keluarga
salam
sakit yg datang,tabahlah menghadapinya...yg menjaganya juga perlu lbh tabah...
Sudah jatuh ditimpa tangga.......
Semoga CT cepat pulih dan teruskan berdoa utk CT......
Semoga siti cepat sembuh, AO harap doc dapat kenal pasti masalah siti dengan cepat mungkin bagi mengatasi masalah siti. amin..
Catat Ulasan