Tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain dari melakukan apa yang kita suka dan fikirkan baik untuk diri kita sendiri.
Berkali-kali aku memberitahu anak dan rakan-rakanku bahawa sebolah-bolehnya aku tidak mahu lagi menyambung kerjaku sekarang ini sebaliknya mahu bersara bila sampai waktunya. Aku ingin tumpukan kepada menjaga kebajikan ibu_suri disamping menambahbaik amal ibadahku disamping berbuat kerja-kerja kebajikan yang memang aku gemari sejak dari dulu.
Aku sudah letih dengan tekanan kerja bersekali dengan tungkahan dugaan hidup yang silih berganti. Seolahnya aku ini ditakdirkan hidup untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran sedari dari kecil hingga sekarang ini.
Apapun aku akui, jika tidak dengan dugaan itu aku tidak akan menjadi setabah ini. Semasa aku remaja, aku tergolong dalam kelompok individu yang mempunyai inferiority complex. Pun, pengalaman dan pemikiran yang positif membuat aku berdaya merubah sikap.
Aku ingin berterima kasih kepada alam yang banyak membentuk aku hingga menjadi seperti sekarang ini!
6 ulasan:
salam
alhamdulillah...IM mengambvil cabaran dan dugaan dgn pandangan positif...hingga menjadikan diri cekal dan tabah...
semua itu adalah pengalaman yg mahal
true!!! life is beautiful..
Assalamualaikum..
saya pun pernah terfikir utk bersara sebelum sampai masanya...ingin balik ke kg menjaga anak2 dan mak ayah...
mudah2an IM sentiasa diberi kekuatan..
Terima kasih juga kepada DIA
IM : ya buatlah apa yang IM rasakan boleh bahagiakan IM.
Allah bagi ujain pada yang mampu menghadapinya..
pendirian dan pengalaman kita banyak persamaan, IM
Catat Ulasan