Sabtu, 9 Jun 2012

Nak Balik Kampung Jumpa Mak!

Aku harap Ahad ini aku berjaya balik untuk melihat mak. Dah lama aku tak balik. Lebih-lebih lagi bila sibuk menguruskan Akhmal. Lebih-lebih lagi bila setiap kali aku ajukan harapan nak balik, ibu_suri kata...tak mau!

Aku nak balik tengok mak aje. Kemudian nak ziarah pusara abah. Aku nak balik secara santai, tak mahu ribu-ribut. Sekalipun balik untuk beberapa jam saja, dah cukup. Tak boleh lama-lama pun demi maslahat hubungan kekeluargaan.

Aku nak pinjam kereta Viva Angah. Angah kata...ok. Aku tak peduli samada duit cukup atau tidak. Aku percaya, jika niatku ikhlas untuk balik melihat wajah mak mesti Tuhan restui perjalanan pergi balikku. Dan Tuhan bantu aku di masa-masa ke hadapan.

Rumahku sekitar 1986
Aku dah lama tak jumpa mak di kampung walaupun mak pernah ziarah aku di rumah ini. Kekadang rasa seperti kacang pula. Nauzubillah!

Kalau sempat, aku nak singgah di Restoran Tasik Raban, di belakang Stadium Hoki Sultan Azlan Shah. Aku nak ajak Akhmal dan ibu_suri makan masakan kampung yang ada di situ.

Walaupun aku bimbang kut-kut la di sepanjang perjalanan pergi dan balik kampung nanti Akhmal dan ibu_suri akan 'bergaduh' dalam kereta, aku pasrah saja kerana aku balik ini dengan niat baik...jumpa mak. Akan sabar saja dengan kerenah mereka yang kekadang macam bebudak bawah umur.

Kerana aku percaya, bila menatap wajah mak, Tuhan akan beri rahmat kepada aku. Dan muga-muga apa yang berserabut di benakku ini akan terurai bila menatap wajah mak yang semakin kurus, semakin uzur dan semakin sunyi itu.

Tak perlu mengadu apa-apa kat mak. Cuma duduk diam dan dengar saja apa-apa saja yang mak nak kata. Walaupun sebenarnya aku teringin nak makan cucur kodok atau bihun masakan mak, aku akan pendamkan saja sebab aku tahu mak dah tak mampu nak berbuat begitu lagi.

 Uuuuu.... apalah yang aku merepek di subuh sepi'e nih!


11 ulasan:

kakcik berkata...

Semoga Allah merahmati perjalananmu...

Deru Ombak berkata...

Salam IM..

:) ..

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Peluk dan ciumlah ibu semasa beliau masih ada.Ziarahlah apa pun halangannya.

Ini nasihat dari sahabat yg tiada lagi ayah dan ibu.

Anonymous berkata...

Assalamualaikum Pak IM, ibu itulah tiket ke syurga kita. Memandang wajah ibu itulah memandang syurga. Seorang ibu itu tidak banyak mintanya, cukup sekadar bertanya kabar dari anaknya....insyallah ibu Pak IM pasti sangat gembira menyambut kepulangan pak IM sekeluarga.

norh berkata...

Pandang wajah emak pun dah dpt pahala... Kan...

makchaq berkata...

Semoga dipermudahkan perjalanan dan selamat pergi dan balik.
Yang pasti mak tentu gembira dapat jumpa anak yg dirindui..

Anonymous berkata...

Turut mendoakan..

aznimatisa berkata...

IM,
balik.jumpa mak best.tak yah cakap apa-apa. dok sebelah pun dah rasa seronok sangat.

><

Maiyah berkata...

salam IM

mmg penawar tu jmpa mak.. nsib baik sy tnggl ngan mak huhu

LadyBird berkata...

uncle balik jenguk mak uncle x?

aku HIV positif berkata...

sebijik segolek seperti rumah saya ketika kecil2 dulu. seni bina ketika itu lebih kurang sahaja. terpegun saya melihatnya dan tiba2 menyerbu rasa rindu pada kenangan lalu.