Khamis, 2 Ogos 2012

Kenapa?

sumber

Sesekali aku bagaikan asyik melihatkan cucuku Marissa bangun dan merangkak mendapatkan barang permainan di hadapannya. Bangun kemudian jatuh. Bangun lagi dan setapak ke hadapan kemudian tertiarap semula.

Semulajadi Allah ilhamkan kesungguhan anak seperti Marissa untuk belajar merangkak tanpa putus asa. Setelah beberapa kali cubaan dia semakin cekap lalu seterusnya belajar berdiri dan berjalan pula.

Aku yang sudah dewasa ini kenapa susah sangat untuk berusaha memperbaiki diri, memperbaiki amal dan memperbaiki sikap?

Sesekali aku mengalih pandangan kepada ibu_suri. Tak pernah aku menduga beliau akan menjadi seperti hari ini. Dulu dia seorang yang akif dengan Tadika, aktivis JIM dan aktivis politik. Namun dengan sekelip mata dia tiba-tiba bertukar menjadi seorang yang tidak mampu berbuat apa-apa melainkan duduk di rumah menonton tv dan melayan kerenah cucu. Sahabat handai yang dahulu mengelilinginya kini sudah tiada.

Tidak mustahilkah aku akan menjadi seperti ibu_suri? Dan pabila telah jadi seperti dia baru teringat nak beramal soleh?

Mana kita tahu nasib kita seminit selepas ini!

6 ulasan:

NoorVictory berkata...

Saya sangat berharap ibu_suri boleh kembali sihat.

Kalau pun tidak, semoga IM terus kuat menjaga ibu-suri.

Semoga IM sentiasa sihat utk ibu-suri. :)

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum IM...

pagi ini pun kakcik bercakap kepada suami 'manalah tahu kalau sebentar lagi kita sudah tiada di bumi ini...'

❤Kamsiah❤ berkata...

IM..reda itu rela,pasrah itu menyerah...jgn ditanya mengapa..kenapa...kerana rahmat dan kasih sayangNYA melebihi kemurkaanNYA..

nur berkata...

IM.. masa kita tak tahu bila.. sekelip mata boleh berubah.. kena saling mengingatkan seperti ini.. sebab biasanya kita mudah lupa bila diuji dengan nikmat kesihatan.. bila dah sakit baru kita menyesal kan..

Ujang Kutik berkata...

Sdr IM,

Saya melihat sdr seorang yang terlalu kuat.Seorang suami mithali.

Murni Alfathunnisa berkata...

IM..
saya sependapat dengan kak kamsiah..
ujian dari Allah ni tanda yang Allah itu kasihkan hambaNya..dengan ujian kita belajar untuk jadi lebih baikdan beramal soleh.