Selasa, 21 Ogos 2012

Raya Ke Dua

sumber

Hari ini aku tak beraya ke mana-mana pun selain ke rumah besan di Permatang Rawa. Besan memanggil aku, abang dan ibu_suri sebagai kakak kerana kami lebih tua umur berbanding mereka. Rumah mereka tak jauh dari kilang Allagapa, Bukit Tengah. 

Selain itu aku lebih banyak di rumah. Along dan Angah balik ke Ipoh ziarah mak aku yakni opah mereka. Memang aku selalu pesan supaya selalu ziarah opah atau mak tok mereka. Pesan yang sama mak aku selalu sebutkan kepada aku semasa aku diusia mereka.

Aku ambil kesempatan yang lapang ini untuk solat di masjid yang tak jauh dari rumah di setiap waktu. Terasa amat tenang dan damai bila bersolat bersama jamaah yang aku kira ramai juga - 3 saf. Lebih membanggakan ada ramai generasi muda.

Bagi aku jika kita selalu mengunjungi masjid hati kita mudah menjadi lembut. Dengan selalu mendekati masjid kehidupan kita akan diberkati.

Sayangnya aku tak dapat membawa ibu_suri bersama. Kekadang terasa terkilan juga bila melihat orang lain berpasangan ke masjid sedangkan aku terpaksa meninggalkan ibu_suri bersolat sendirian di rumah.

Tapi tak mengapa. Aku tahu Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat aku sekeluarga. Di setiap sujud terakhir solatku aku selalu bermunajat pada Allah agar aku diberi kekuatan mengharungi keseluruhan ujian hidup ini dengan tabah dan sabar.

8 ulasan:

iBu...gUru berkata...

selamat hari raya........

Anonymous one berkata...

IM, terima kasih atas nasihat IM di entry terbaru saya ( entry selamat hari raya).. Sungguh memberi impak yang besar buat saya.. Insyallah sama2 kita doakan semoga saya dan IM berjiwa besar dan memandang dunia dari kaca mata jernih bukan kaca mata gelap :).

IM.. semoga kehidupan IM bertambah baik dan lebih baik insyallah.

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf zahir dan batin.
Taqabbalallahu minna wa minkum..

Ibu n Abah berkata...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri IM..
semuga kesihatan ibu suri lebih baik pada hari raya ini...

mama maman aka yana berkata...

selamat hari raya IM.. harap diampuni silap dan salah selama kita kenal yer..:)

LadyBird berkata...

salam uncle, maaf zahir dan batin :D

hrusli61 berkata...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Sudah mula puasa 6 Syawal ke?

nurazzah8 berkata...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin.
Taqabbalallahu minna wa minkum.

Semoga kesihatan ibu suri semakin baik, InsyaAllah