Khamis, 27 September 2012

Haji

Dapat gaji pun takdan lekat lama di tangan. Sekejap saja dah surut bila membayar hutang Kancil, rumah, Amber Water, sumbangan kompleks IKRAM, hutang laptop dan bla..bla.. Entah bilalah nak merasa gaji bersih kekal dalam kocek. Sejak mula kerja hingga sekarang..kerja..gaji..bayar hutang... tak habis-habis.

Seorang kawanku - Osman Mydin atau lebih mesra kami panggil Mamu yang bekerja sebagai juruteknik workshop di tempat kerja yang gaji mungkin setengah dari gaji aku, bulan depan khabar akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan Haji. Aku terkenang hal ini tatkala berbual dengan sahabat baikku blogger JH


"Mungkin rezekinya lebih berkat dari kita." ujarku. Mamu seorang pengikut Tabligh yang amal ibadah dan akhlaknya memang A. Dialah peencetus idea supaya setiap kali lepas solat Asar di adalakan majlis Taalim. Aku selaku pengerusi surau sudah pasti memberi sokongan moral kerana ini agenda yang bagus. Cuma lebih kurang 10 minit saja sesi ingat-memperingati itu.

Blogger JH juga sudah pun mendaftar di Tabung Haji tapi dengar khabar gilirannya hanya akan tiba ketika umurnya 84 tahun nanti. Aduhh... Agaknya bila aku mampu untuk mendaftar nanti, entah tahun bila baru aku berpeluang pergi ya!

Kalau aku nak pergi pun satu keadaan yang aku perlu fikir ialah ibu_suri. bagaimana aku hendak membawanya pergi dalam keadaan kesihatannya yang begini?

Apa-pun, seperti sikap selaluku, biarlah masa yang menentukan. Aku cuma pasrah!

7 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

salam
ibu mertua saya insya Allah akan berangkat pada 5/10 nanti...beliau juga berkerusi roda...sorg adik ipar perempuan akan menemaninya...

Anonymous berkata...

semuga kita semua dapat membebaskan diri dari beban hutang.

faizah berkata...

Saya doakan.. satu hari nanti dapat kita, insyaAllah.

Wanpetunjuk berkata...

Assalam....bang, jgn pasrah tapi redha. InsyaAllah ada rezki dan peluang.....

Semoga Allah memberikann kita semua kesempatan utk berkunjung dan melakukan ibadat di rumah teragungNYa...amin

Ibu n Abah berkata...

IM...
Menjaga ibu suri juga satu ibadah yg telah IM laksanakan. Bukan semua suami dpt melakukannya..
ALLAH yg memberi rezeki... Mudah2an impian IM ke Tanah Suci akan terlksana... Ketentuan ALLAH siapa boleh jangka....

JR berkata...

IM: Terus berusaha dgn rezeki yg halal dan jgn jemu berdoa. Kdg2 keajaiban Allah tak terjangkau oleh fikiran waras manusia (pengalamn sendiri..)

Anonymous one berkata...

Semoga hajat IM tercapai dan di permudahkan Allah