Menatap foto ini di laman FB Harryzan Yaakub membuat aku teringat akan seekor lagi kucing yang tidak dapat aku beri makan semasa ziarah mak di kampung bebaru ini.
Rasanya ada 2 ekor kucing yang mengiau deras dari atas atap zink rumah yang pastinya basah sebab baru lepas hujan petang tadi.
"Kucing-kucing tu lapar mak!" ujarku yang rimas mendengar bunyi kucing yang lain dari biasa sejak tadi.
"Bior nyer tu. Ntah kucing sapa tu. Keghap bebeno datang ke sini."
"Takada apa ke boleh bagi deme makan, mak!"
"Usah pedulikan. Nanti kalau kamu bagi makan, esok-esok deme datang lagi. Ada tuannya tu. Bior le tuan dia yang bagi makan." sambil tangan kanan mak susah payah menyelak lengan baju untuk dipakai tanpa dapat dibantu oleh tangan kiri mak yang sudah tidak boleh berfungsi lagi.
Aku pun ke dapur untuk mengekap pinggan mangkuk di singki. Kelihatan seperti pintu dapur mahu di buka seseorang. Aku menguak sedikit dan mengintai. Ohhh...
Aku menyeka saki baki tulang ayam dan melemparkan ke luar rumah. Kucing kelabu itu menerkam sambil memerhati keliling persis bimbang pada makhluk lain yang berkemungkinan akan merebut makanan yang digonggongnya. Bertambah-tambah kesihan aku yang baru sebentar tadi dapat makan sedap yang dimasak oleh adikku Duyah bersama ibu_suri.
Tak dapat nak bagi lagi. Itu saja lebihan yang ada. Nak bagi nasi saja aku tak pasti kucing itu akan makan atau tidak.
Akupun meneruskan basuhan pinggan dan menerapkan di sangkar. Sebaik saja kembali ke ruang bilik mak, kedengaran ngiau kucing yang satu lagi sayup-sayup di bumbung anjung rumah.
8 ulasan:
Kucing2 terbiar memang payah..tak bagi makn kesian....dibagi makan,dia asyik datang...bukan sekor tapi berekor-ekor...siap sembur minyak wangi depan pintu rumah!!
Kesian kucing2 tu. kat belakang rumah kakcik pun ada beberapa ekir kucing yang selalu menanti makanan...
Kesisnnye kucing kucing tu
Rumah lama saya dulu pernah jadi pusat ternak kucing yg membiak atas bumbung, malah pernah mati atas siling bumbung. Bila mati atas siling bumbung memang satu minggu makan tak berselera...diet semula jadi!!
betul kata mak IM tu...di bg makan..alamatnya 24 jam la datang..tak bg makan,kesian...kat rumah saya ni ada 2 ekor kucing sapa tah..anak2 dok bg ikan grg...last2 saya langsung takleh buka pintu belakang...menerpa masuk..selongkar tong sampah..buka saji...
Sianya :(
Akak suka kucing. pantang tengok kucing mesti nak bagi makan. kesian.
kat rumah saya ni pun bnyk jugak kucing tak bertuan...pntng buka pintu, terus masuk semua anak beranak....tapi anak2 suka layan...
Catat Ulasan