Jumaat, 21 September 2012

Mulut Orang

Dalam perjalanan membawa anak saudaraku Yanti sekeluarga ke Penang Sentral, sempat suaminya Zam bertanya;

sumber
"Akhmal macam mana, ayah?" Memang hampir kesemua anak-anak saudaraku di sebelah ibu_suri memanggil aku - ayah.

"Ntah, ayah pun tak tengok dia lagi."

"Dia kena tahan di mana?"

"Kat lorong kita."

"Haa.... Macammana depa kata dia kena tangkap kat Sg Petani? Ada yang kata kena tangkap kat Bertam!"

Aku ketawa saja. Memang dah biasa dengar mulut orang yang begini. Dulu masa Akhmal kemalangan motor dan patah jari kaki; ada orang kata dia patah pinggang.

"Kamu tahu dia kena tahan dengan siapa?" tanyaku menguji sejauh mana Zam tahu cerita lanjut tentang penahan Akhmal.

"Ntah...!"

Aku diam saja sedang sebenarnya Akhmal ditahan bersama kawannya; anak polis yang tinggal selorong dengan rumah aku juga. 

Memang aku tak beritahu sesiapa pun hal Akhmal ini hatta keluarga mertua jauh sekali keluarga aku di kampung. Aku dah malas nak bercerita. Lagipun, aku tahu, lambat laun mereka akan tahu atau bertanya sendiri.

"Ayah nak biarkan dia duduk di dalam ke kali ini?"

"Ayah punya prinsip, Zam; kalau ayah tak tahu keputusan yang bagaimana ayah nak ambil, ayah biarkan masa yang menentukannya. Begitu juga dengan kes Akhmal kali ini. Sementara dia masih dalam proses menunggu perbicaraan, ayah cuma berdoa muga-muga Allah berikan ilham apa yang akan ayah perbuat... Kalau Zam tanya ayah sekarang pun, ayah tak ada jawapan."

7 ulasan:

Norhaizan hakim berkata...

Semoga Allah mempermudahkan urusan saudara sekeluarga.

makchaq berkata...

Macam tu la cerita bila disampaikan.. melainkan dengaq dari empunya diri, makchaq memang selalu reserve.

Granny Hani berkata...

Mulut tempayan ada masa boleh di tutup..Semoga segala payah akan di permudahkan oleh Dia.

JR berkata...

Sebab tu lah ada kata2 hikmat: "Jangan percaya sedikit pun apa yg anda dengar dan percayalah cuma separuh dari apa yg anda lihat"..Kalau nampak di depan mata pun tak boleh percaya, apa lagi jika dengar dari mulut org....

Murni Alfathunnisa berkata...

kenapa dengan akhmal, IM..?
mulut orang memang macam tu..kalau mulut tempayan boleh lagi ditutup..ini mulut orang. jangan dengar sangat. abis cerita.

insan marhaen berkata...

nh,
terima kasih atas doa.

mak chaq,
bila dah hidup lama, faham sangat kerenah manusia.

granny hani,
biarlah luncai terjun dengan labu labunya.

jr,
kekadang gelihati juga bila dengar final berita itu jauh menyimpang dari berita asal.

murni,
boleh baca entri IM sebelum ini tentang akhmal.

LadyBird berkata...

kene tahan? knp ye.. jap lady bc entry bawah plak..