Isnin, 24 September 2012

Perigi Biru

Hormat aku pada facebooker Rahman Zin yang sejak akhir-akhir ini giat 'berada' di konti FB sebagai Dj. Berbagai lagu usaha dicari demi memenuhi permintaan friend beliau. 

Aku pun yang secara kebetulan akhir-akhir ini meminati lagu Perigi Biru - M Daud Kilau (versi asal nyanyian Kamariah Noor melalui filem Bawang Putih Bawang Merah) sesaja mencuba nasib membuat permintaan. Tak sangka dengan segera lagu permintaan aku ditunaikan.

link PERIGI BIRU


Senyum sendirian aku dibuatnya sambil memutar lagu tersebut di dada FB. Kebetulan sebaik saja lagu berputar hujan pun turun lagi menyambung hujan yang turun sejak petang tadi. Bila ibu_suri melihat aku senyum di depan komputer:

"Ha... ha... senyum kat sapa tu?"

Aku pun bangun lalu bernyanyi di depan ibu_suri meniru gaya M Daud Kilau yang lemah gemalai. Kik..kik..kik... ibu_suri yang kebetulan memang digelar ibu oleh semua kawan dan anak saudaranya ketawa. Dia faham benar perangai aku yang mewarisi sedikit darah seni abahku. Senang hatiku bila melihat dia tertawa.

Sekali lagi, terima kasih buat Rahmah Zin. Paling tidak malam ini aku rasa terhibur sendiri walaupun masih sebu hidung dan seram sejuk badan. 

Teringat ubat demam yang baru aku ambil dari Klinik Utama tadi tertinggal di kereta. Masih belum di makan...

10 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Salam IM...
Cerita mula kerja Dj tu tak sengaja...nak menghiburkan hati tapi kenkawan mengusik main minta2 lagu... Seronok juga bila lagu2 lama yg kita dah lupa... Ada kawan yg masih ingat... Lps tu... Makin galaklah buat kerja mcm Dj...kikikiki...

❤Kamsiah❤ berkata...

ikan kaloi si ikan kaloi...:)

anak2 saya pantang jumpa perigi kat kg..akan naynyi lagu tu...
tak pun...makkk..timbul la makkk...

JR berkata...

Masa saya kecik2 dulu di kampung ada sorang pakcik dekat rumah ada telaga dan di dalamnya ada ikan kaloi. Kdg2 kami budak2 mencari daun utk diberi makan ikan kaloi tu sambil menyanyikan lagu 'telaga biru'. Memang lagu itu ada tarikan tersendiri, bila kami nyanyi, ikan kaloi itu akan tunjukkan diri, walaupun dia bukan ibu saya...hehehehe..

Deru Ombak berkata...

Hehe.. Enjoy!!

Anonymous one berkata...

Suka dapat tengok pak cik IM dan ibu suri hepi :)

NUR berkata...

Betul anonymous one.. Suka bila IM gembira. Tgh membayang IM nyanyi kan utk ibu suri.

Jangan lupa mkn ubat Dan semoga cepat sembuh.

Norhaizan hakim berkata...

Alamak IM..melayan lagu Perigi Biru ni waktu alam kelam dan dingin, mata rasa layu le pulak.

makchaq berkata...

Bagus jugak pandai menyanyi.. boleh hiburkan ibu_suri dan hiburkan hati sendiri.. bila orang yg kita sayang gembira mesti kita turut gembira..

Makchaq rasanya tak pernah hapai satu lagu pun.. selalunya tau tang korus saja..

Temuk berkata...

Memang lagu itu menghiburkan, walaupun ia lagu sedih.

Kata orang, walau ada nasi melukut + sayur keladi selori pun, + nyanyian lagu itu, ikan kaloi di Indonesia tak mungkin timbul. Sebab ada yang kata ikan kaloi itu adalah ikan garume yang penduduk Indonesia suka bakar dengan berperencahkan kicap pekat manis!

S..U..D..@..I..S berkata...

filem yg memberi banyak pengajaran...lagu pun syahdu