Aku menghadiri jamuan meraikan persaraan rakan sekerjaku - Bahyah di kafetaria. Tak sangka rupanya dia dah mencapai umur persaraan. Cepatnya masa berlalu.
"Bila saya semak purata umur staf saya; lebih 50% adalah melebihi umur 45 tahun. Maknanya kalau nak dikira setiap bulan akan ada staf saya yang bersara," terang Azhar - GM bahagian QA department yang makan semeja.
Aku sendiri pun kalau nak dikirakan hanya ada beberapa tahun sahaja bekerja di sini. Lepas tu aku tak tahu nak buat apa. Ramai yang suruh berniaga tapi aku bukannya ada pengalaman malah minat pun tak ada.
Bila dikenangkan tak sangka juga aku boleh bekerja hingga 30 tahun. InsyaAllah, tahun depan aku akan dapat sijil pengiktirafan dari majikanku bersama wang penghargaan yang aku agak RM1500 dan cuti 2 hari.
Aku tidaklah rasa kelat kerana selama aku bekerja di sini aku sempat memberi khidmat kemasyarakatan seperti menjadi pengerusi dan imam surau. Juga membantu hal-hal kebajikan rakan-rakan. Ramai di antara mereka yang merujuk kepada aku akan sebarang hal berkaitan peribadi dan kekeluargaan. Aku pun memang suka berkongsi pengalaman walaupun kekadang pening juga dibuatnya.
Walaupun aku selalunya dikategorikan oleh rakan-rakan sebagai individu yang pendiam, slow dalam tindakan serta terlalu lembut dalam mengambil tindakan namun itulah aku dan semampu itulah yang aku berikan untuk masyarakat di tempat kerjaku ini.
Sesekali fikir tak sabar rasanya menanti hari persaraanku ini. Letih dah bekerja. Anak pun dah besar dan berdikari. Tak ada yang perlu aku hambat lagi melainkan memenuhi keperluan hari-hari terakhir seorang lelaki. Mengisi baki usia dengan sesuatu yang aku suka dan ingini; yang dulu terpaksa aku pendamkan kerana mengutamakan keperluan anak dan isteri.
7 ulasan:
IM..
Insya Allah...
akan tiba juga harinya IM dapat berehat dan bersandar mengenang kembali pengorbanan yang telah IM lakukan buat keluarga...
- tidak semua lelaki mampu lakukan seperti mana yang IM lakukan...
Hari rehat pasti Akan tiba.. Insyaallah !
Semoga Allah panjangkan umur IM
saya pun rasa dah letih keja tapi kalau bersara sekarang, sapa nak tanggung makan minum saya? he he he
Makchaq pun dah lama kerja, dari tahun 84, memang rasa nak pencen, sebab rasanya produktiviti dah menurun.... Buat mengabih boreh majikan..
Makchaq pun selalu rasa nak pencen.. dah berpuluh tahun kerja, produktiviti dah makin menurun rasanya.. buat mengabeh boreh majikan ja..
Suatu saat semua yg kita suka akan berlalu pergi: kerja, keremajaan wajah dan akhir sekali usia..Semoga saat2 akhir kehidupan kita akan sentiasa mengikut landasan yg direstuiNya...
Catat Ulasan