Aku sebenarnya masih berasa kurang sihat walau sudah seminggu lebih. Sementara menunggu tiba waktu Zohor semalam, aku tidur sebentar. Nikmatnya tidur walau berbantalkan lengan; 20 minit terasa seperti lama.
Selesai Azan, aku yang sudah tawar dengan sikap bertolak-tolakan untuk menentukan imam, terus ke hadapan dan.... Allahuakbar!
Terasa nikmatnya sembahyang ketika itu walaupun sebenarnya bangun dari rukuk dan sujudku sudah tidak secergas dulu. Aku bacakan doa ( doa itu sahaja yang aku hafal pun ) dengan jelas setulus hati agar dapat didengari tiap patah ungkapan oleh makmum di belakangku.
Selepas makan beberapa ketul kuih di kafetaria diiring secawan white coffe dari vending machine, aku memasuki semula ke lokasi kerja. Dalam perjalanan itu aku ternampak seorang rakan Cinaku berjalan terhinjut-hinjut dari arah depanku.
"Apa sudah jadi dengan you punya kaki. Main bola punya pasai ka?"
"Bukanlah. Sakit sebab high uric acide."
Aku segera menukar tone suara gurau kepada suara bersahaja.
"You salah makan ke?"
"Taklah. I sudah jaga makan tapi mau sakit juga boleh buat apa!"
"Ya la... Bila I tengok you macam ni I pun naik risau. Tak tahu nasib I nanti macam mana." terangku sambil berjalan menuju ke lokasi smock.
Aku jadi insaf bila melihat rakanku tadi itu. Dulu dia seorang yang cergas dan ceria, kini seperti tempang kakinya dan matanya juga seolah-olah lebam kena tumbuk.
Bersyukur aku kerana di sebalik permasaalahan hidup yang aku lalui, aku masih mempunyai tahap kesihatan yang boleh dikira baik.
Kurang sihatku hari ini cuma setitik dari ribuan titik-titik ujian yang Allah turunkan ke atas hambaNya sebagai pengukur kesabaran dan tahap iman kita!
11 ulasan:
Semoga cepat sembuh agar hari-hari yang akan dilalui boleh dijalani dengan tenang dan selesa. :)
ya..kdg2 bila kita bandingkan diri dgn insan yg lbh malang,terasa betapa bernasib baiknya kita...
kesihatan yg baik memang harta yg tidak ternilai..sebab itulah afiat antara yg kita pinta dlm bacaan solat.
sungguh memberi kesedaran n3 ni...pandang yang dibawah akan memberi kekuatan dan ketabahan menghadapi berbagai bentuk ujian dalam hidup ini
Suka membaca N3 IM - dengan harapan diri ini rasa rendah hati..
Sihat adalah anugerah terindah drpd Allah, ia tak dpt dibeli dgn wang sekarung guni...
Cuba tambahkan waktu bersenam & kawal makan kita.
IM..
Didoakan IM sentiasa sihat untuk menjaga ibu_suri..
semoga cepat sembuh
kena gaot tuuu...ramai kawan2 sy kat cni dah kena...mmg kesian le klu bengkak dorg tu dtg...
Setiap ujian yg diberi mengikut tahap kekuatan kita menerimanya..
IM pula cekal menangani masalah seisi keluarga..
Diberi kesihatan yg baik untuk menjaga ramai pesakit dlm keluarga tu.. Muga IM terus tabah....
Catat Ulasan