Khamis, 15 November 2012

Along Yang Pendiam



Malam tadi Along balik dari Batu Caves sempena cuti 1434H. Aku ambil dia yang menaiki bas ekspres dan turun di Penang Sentral.

"Bagaimana kerja?"

"Ok!" Pendek saja jawapannya. Along memang berat mulut. Tak macam Angah.

"Sakit perut lagi?" Diam.

"Ayah ada sembang dengan kawan ayah yang ada kes macam kamu juga - resdung. Dia nasihatkan pantang makan ayam. Dan selalu bersihkan hidung." Diam...

Memang susah nak gali isihati Along. Pendiam macam aku dulu juga. Kena bijak membacanya dari riak air muka, keluhan dan sikap terkini. Susah juga hati aku memikirkan anak aku yang seorang ini. Disamping resdung dia juga kerap mengadu sakit perut. Angin, katanya. Mungkinkah gastrik? Kata Along, doktor syak ada batu dalam pangkerias. Nasihatnya supaya menjalani ujian imbasan.

Kebetulan klinik ofisku ada menawarkan pakej pemeriksaan darah dengan diskaun. Aku ambil satu kupon untuk Along. Sabtu ini kami akan pergi ke Pathlab Bukit Mertajam.

Pagi tadi aku memenuhi rutin riadah di Tasek Mengkuang bila cuti. Selain untuk menjaga kesihatan, aku juga berharap kebiasaan aku begini akan menjadi ikutan oleh anak-anakku. Sayangnya, tidak ada seorang pun yang menontohi aku...

10 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

IM..
Insya'ALLAH sifat yang baik IM tunjukkan akan jadi ikutan anak2.. tidak sekarang tapi bila depa dah matang sikit...

norh berkata...

teringat arwah bapak pun selalu joging dulu2..

Jay Ar berkata...

Anak2 saya juga sangat liat jika diajak berjoging, mereka lebih suka berjoging dgn game, FB dan twitter..sebab tu agaknya ramai generasi muda sekarang muda2 lagi dah ada banyak penyakit kronik...

Anonymous one berkata...

Kasih Ayah, membawa ke syurga

Granny Hani berkata...

Baguslah IM selalu jaga kesihatan..Keluarga IM amat perlukan IM.Salam Maal Hijrah.

❤Kamsiah❤ berkata...

kalau 5 anak,bermakna 5 perangai jugak yg terpaksa kita hadapi..:)

sbb itu la dikatakan,hanya ibu bapa yg benar2 memahami perangai anak2...

faizah berkata...

Sy setuju, kemungkinan anak2 mencontohi kita tu apabila mereka telah lebih matang. Kita sama doakan anak2 akan mencontohi sifat2 kita yang baik, insyaAllah...

insan marhaen berkata...

ibu n abah,
harap contohi sifat IM yang elok-elok saja.

norh,
awak tak contohi sifat bapak?

jay ar,
along ni macam tu juga. asyik dengan komputer. dah kahwin nanti tak tahu macam mana.

ao,
kasih ibu bawa ke syurga. kasih ayah di sepanjang jalan sahaja.

granny hani,
azam apa di tahun baru ni?

kamsiah,
memang betul tu. nasib anak IM ada 3 jer..



Anonymous one berkata...

Antara doa yang tidak tertolak adalah doa seorang ayah kepada anaknya. IM, saya punya hubungan yang sangat istimewa dengan insan bergelar ayah. Saya tahu ayah ini bagaimana orangnya, mungkin seba itulah blog IM sangat menjadi tertarik buat saya.

Ayah saya sebaya IM rasanya. Lebih kurang IM cuma tidaklah sehikmah IM hehe.

insan marhaen berkata...

faizah (teringat kawan lama),
selalunya begitu. macam IM ikut perangai abah yang sukakan muzik dan tak banyak kerenah terhadappakaian dan makanan.

ao,
terima kasih atas penghargaan. IM ini sebenarnya tak ada apa selain pandai menulis je..