Isnin, 5 November 2012

Dates Cider

Aku dapat tahu dari teman akrabku - blogger Jendela Hatiku, bahawa klinik panel ada menyediakan kupon untuk Pakej Ujian Kesihatan sempena Health Screening Campaign

Mulanya teragak-agak juga aku untuk mengambil peluang baik ini. Peluang mendapatkan subsidi rawatan yang bernilai RM270 cuma dengan harga RM75. Pulak tu, bukan saja aku malah sekeluarga aku boleh menikmati subsidi ini.


Sebenarnya aku malas bercampur takut untuk membuat pemeriksaan menyeluruh demi melihat tahap kesihatanku. Tapi sejak dua menjak ini, bila melihatkan seorang demi seorang kawanku didapati mengalami sakit itu dan ini, aku jadi sedikit gusar. 

Mutakhir ini pun aku kaki aku mula terasa sakit. Badan mula terasa berat. Takkan nak salahkan ibu_suri pula yang selalu mengajak aku makan bilamana membawanya bersiar-siar walau lewat malam?

Sudah 2 minggu aku mengamal minum Date Cider. Kata kawanku ianya baik untuk memecah lemak dalam badan. Aku juga mula mengurangkan gula malah juga susu ke dalam minuman. Aku cuba mengaleh kepada karet suam bila minum di kafetaria atau kedai. 

Aku harap usaha sebegini sedikit sebanyak boleh membantu mengekalkan tahap kesihatanku. Mungkin juga buat sekalian...

7 ulasan:

Anonymous berkata...

cuka kurma..pernah dengar dikatakan bagus utk kesihatan..sy tak berani mencuba nya sb ader gastrik,
Sebenarnya perasaan takut melebihi rasa malas nk wat medical check up ni..lebih2 lagi kalu check up meyeluruh..berdebar2 bila tgk result. tak sabar tanya dokter..semua ok ker dokter..haha

p/s sy kak wati TGP

Anonymous one berkata...

Salam IM, IM.. ao pun sedang berusaha untuk memberi ajaran diet yang terbaik kepada kedua orang tua AO.

❤Kamsiah❤ berkata...

mmg kebanyakan kita mcm tu...takut utk jumpa doktor(termasuk saya)...jika terdesak/sakit sgt baru kesana....

Wak Gelas™ berkata...

wak pon X sukak jumpa dokter jugakk.. uhhhUU, salamm

hrusli61 berkata...

Nsbi swt pernah bersabda agar dalam rumah orang Islam perlu ada cuka kurma ini.

Balik kerja nanti nak carikan satu.
Tq IM kerana memperingati.

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Betul tu. Eloklah kita buat pemeriksaan kesihatan supaya jika ada penyakit yang baru nak singgah kita boleh berubat dan kalau belum kita boleh berikhtiar menghindarinya.

Norhaizan hakim berkata...

Rasanya ramai orang terutama Melayu yg takut atau malas nak buat medical c up termasuk saya walaupun saya pernah bergelar staff nurse!