Agaknya tersingguhlah Angah. Jumaat lepas aku sms mengajak untuk pergi ziarah Akhmal hari ini. Tapi bila semalam ibu_suri merengek sakan hendak pergi juga sebab amat rindu, aku pun pergi juga tanpa beritahu Angah. Tup! tup! Pagi ini Angah dan Ayu ambil cuti. Kononnya nak pergi bersama aku tengok Akhmal. Tersandar dia di dinding bila sebaliknya dia melihat kami pula bersiap untuk ke majlis kenduri kahwin.
"Ayah janji macam mana?"
"Hang tak balas sms ayah. Jadi ayah assume hang tak nak pergi la."
"Angah call ayah. Ayah tak jawap pun!"
Aku terdiam. Diam kerana tak mahu pecah lubang bahawa talipon aku dah takada di tangan. Tak pasti samada tertinggal di laci meja ofis; di surau atau dah terjatuh. Tak mahu itu kerana dah naik segan. Asyik-asyik tertinggal di tandas, rosak atau paling sadis... Akhmal ambil dengan selamba dan jual pada kawannya!
Masuk kali ini ntah 10 atau 20 talipon dah aku beli. Sebut aja jenis apa. Dari 3310, arcatel, motorolla atau jenis flip maupun slaid.. Lantaran itulah aku ni tak boleh miliki talipon mahal. Harga bawah RM300 selalunya!
Kalau sebab aku tak beritahu dia akan pertukaran perancangan ziarah Akhmal dia nak marah, aku terima ajelah. Nak buat camna. Silapnya ialah komunikasi. Bukan sesaja tak mahu bagitau.
Dan jika sebab aku tak beritahu dia lebih awal hingga bazir cutinya hari ini, aku boleh kata apa. Cuti aku pun sebelum ini banyak dihabiskan untuk dia, tidak aku bersungut pun!
13 ulasan:
Banyaknya henset IM, sampai 20!! JR pula tak banyak pakai henset. Selagi henset tu masih boleh berfungsi, kekallah ia dlm poket. Cuma dibeli lain bila henset nyanyuk atau kena curi...
hati seorang ayah..
:) sama seperti saya saya juga beli talifon murah bawah rm 300.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nak buat macam mana, kesilapan teknik la tu..
Tak boleh ka kalau depa saja pi tengok Akhmal?
Makchaq tak pernah beli h/p, semua tas ehsan pakchaq saja, tapi pakai 1 bertahun2 la..kalau ada h/p baru pun dekat setahun baru nak mahir guna.. ada yang basic saja pun..
Assalamualaikum IM,
Beli tipon macam dekni, 68 hinggit Nokia. No kaler no photo. sempoi.hehehe. I'am back. maaf lama tak jenguk IM.
Teruskan semangat juang IM,chaiyok!!
Kita selalu memikirkan perasaan anak2, tapi sebaliknya entah macam mana... :(
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
ada susah...takde lagi susah...takpe la...bkn salah anak nak terasa hati dgn ayahnya..bkn jugak silap si ayah...
rajin beli henpon...saya pun gn yg murah jer..
Mungkin IM boleh fikirkan sesuatu lepas ni utk menyejukkan hati Angah. Walaupun bumyinya agak pelik kerana IM adalah ayah, tapi cuba menjernihkan perkara yg keruh adalah misi yg lebih mulia.
Oh ya IM, ada hp yg harganya cuma rm60 dan fungsinya cuma utk sms dan call, dipakai oleh anak saudara saya!
Byknye handset yg IM pernah ada kan....kalau masih ada semua tuh mesti boleh buat koleksi sampai bila2....
Catat Ulasan