Jumaat, 9 November 2012

Rai Persaraan

Ini adalah hari terakhir dia bekerja. Tentang dia aku pernah ceritakan di sini. Aku ajak dia makan dan berbual bersama untuk kesekian kalinya selepas balik kerja. Aku pilih lokasi kafe yang pernah kami pergi sebelum ini - belakang USM.

Seperti selalunya aku lebih banyak mendengar dia berceloteh tentang hari-hari terakhirnya. Kisah-kisah lama kami sesekali buat kami ketawa. Sempat dia tunjukkan foto lamanya ketika baru bekerja sekitar umur belasan tahun. Maknanya, dia sudah melalui alam pekerjaan selama >30 tahun. Ditunjukkan juga foto dia bersama keluarga melancung ke Eropah seperti Kelab Bola Sepak Manchester United, meluncur salji dan juga ke Venice - bandar atas air. 

Sebenarnya dia mengharapkan agar majikan menyambung perkhidmatannya di bahagian yang sama tapi bosnya tidak fight untuk itu. Sebaliknya bos bahagian QA yang membuat tawaran.

" I tak mahulah pergi tempat baru. Tua-tua macam ni kena belajar benda baru pulak. Lagi pun itu bahagian x-ray. Not good for health. "

Aku banyak memberikan nasihat agar dia terus menjaga kesihatan. Sebenarnya, walaupun dia dah diumur persaraan, raut wajahnya tidak menampakkan usia begitu. 

" Kalau you kurus sikit tentu you lebih cute. " usikku yang memang mengakui amalannya memakai kosmetik Avon telah mengekal kemudaan wajahnya. Namun kedut kulit di tangan dan kakinya sesekali terserlah, tidak dapat disorok. 

Hampir sejam juga makan dan bual kami itu. Aku terus menasihatinya supaya yang paling utama ialah mengisi masa-masa yang masih ada dengan berbuat charity menjaga suami sebaiknya. Paling utama lalui positif dalam hidup dan ceria selalu.

" Now you only have husband. Your son and daughter already have their own life. Believe me, wether is good or worst, your husband is your life partner. He is only gold that you have. Not is the good time to take care him."

Di perjalanan balik, aku teringat giliran aku 2.5 tahun lagi. Kesesakan di jambatan buat aku terfikir bilamana giliran aku tiba aku akan menumpukan perhatian apada penjagaan ibu_suri, menjaga anak dan cucuk disamping berbual kerja-kerja kebajikan bersama jamaah IKRAM.

5 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Insya'ALLAH
bila tiba waktu IM... IM dah berseia dan tahu bagaimana nak di isi dengan sebaiknya...

Anonymous one berkata...

Nasihat dari sahabat yang baik :)

Norhaizan hakim berkata...

Rasanya tidak terlalu awal untuk saudara IM merancang apa yg ingin dilakukan 2.5 tahun lagi.

JR berkata...

2.5 tahun bukannya lama. Pejam celik, pejam celik tiba-tiba bangun pagi tak payah kena marah dgn boss lagi...MERDEKA..PENCEN!!!

insan marhaen berkata...

ibu n abah,
belum tiba masanya lagi. berubah fikiran? mungkin!

ao,
beri nasihat mudah. tapi yang memberi akankah melaksanakannya sama?

norhaizan,
sekarang sedang rancang ie: kurangkan kos tetap bulanan, mengambil semua peluang memeriksa kesihatan dan menyediakan prasarana persaraan.

jr,
benar.. tak lama seperti juga 30 tahun IM bekerja..