Selasa, 27 November 2012

Solat 7 waktu

Semasa usrah di rumah naqibku kat Taman Sutera, Seberang Jaya tadi, dia menunjukkan sebuah buku yang dibelinya ketika berjaulah di Riau. Tajuknya ialah Rahsia 7 Waktu Solat karya Ahda Bina A. Memang menarik kupasan penulis tentang rahsia solat 7 waktu. Kalian tahu apa solat-solat itu?

Beliau juga menerangkan kelebihan solat Subuh dan Isya'. Aku salin petikan dari laman sesawang ini buat panduan bersama:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda;

'Sekiranya mereka mengetahui tantang kelebihan sembahyang Isya' dan Subuh, nescaya mereka akan menunaikan kedua-duanya (secara berjamaah), walaupun terpaksa datang secara merangkak.' HR: Bukhari dan Muslim.

Aku memberi respon dalam mengupas tajuk itu. Aku petik artikel dari dalam akhbar tabloid yang menyatakan bahawa jika kita melihat jamaah solat Subuh sama ramainya dengan solat Jumaat, maka itu pertanda Islam akan menang.

Tapi terus terang aku katakan; aku sendiri masih berat untuk semua itu. Hinggakan ibu_suri menempelak aku yang baring keletihan di katil sebelum ke usrah tadi;

"Hai.. kata nak sembahyang kat masjid tadi!"

7 ulasan:

Anonymous one berkata...

Nasihat yang baik ibu suri!

Norhaizan hakim berkata...

Rasanya ramai yg tahu tentang kelebihan solat cuma bila dengar laungan azan, kita buat tidak tahu...

❤Kamsiah❤ berkata...

salam
lepas solat maghrib..biasanya saya tak buka telekung...azan isyak ja terus solat..kalau dah buka telekung..alamatnya jam 9 le baru bersolat...

Bearcat berkata...

Kadang-kadang isi rumah yang sebelah masjid atau surau pun jarang solat berjemaah. Alangkah ruginya :(

Jay Ar berkata...

Sejujurnya amat berat utk JR solat jemaah waktu Subuh, hari minggu pun sangat liat, spt ada halangan..Cuma solat Isyak selalu ada kelapangan utk berjemaah, alhamdulillah...

Temuk berkata...

As-salam
Dalam ceramah biasa juga para ustaz menjelaskan kehebatan ganjaran solat Subuh + Isya secara berjemaah. Ingin pula nak tahu, yang penulisnya sebut 7 waktu itu solat apa yang dimaksudkannya, IM?

insan marhaen berkata...

Temuk,
5 waktu + dhuha dan tahajjud!