Rabu, 12 Disember 2012

Obsesi

Menanti hujung minggu untuk ke Tasik Mengkuang

Tidak berapa ceria hari ini. Tak tahu kenapa. Kawan-kawan pun perasan dan bertanya. Aku cuma hinggut bahu dan ketawa saja. Yang pastinya bila JH beritahu aku akan program IKRAM untuk membuat kutipan sumbangan GAZA dan edaran risalah ke seluruh pasar malam Seberang Perai Tengah selama seminggu; aku tiba-tiba rasa seperti terpencil. Fikiran aku kosong.

Aku masuk ofis tanpa ada aturcara kerja bertulis seperti yang selalunya aku perbuat setiap awal pagi. Hinggalah menjeang tengahari; tidak ada output kerja yang spesifik telah aku laksanakan.

Selepas makan tengahari, aku menerima panggilan talipon. Suara yang tak biasa aku dengar buat jantung aku berdegup pantas. Dipendekkan cerita; itu panggilan dari pihak penjara;

"Bila boleh kami datang ke rumah encik?"

"Terpulang kepada tuan. Tuan bagi saja tarikh. Saya akan ambil cuti nanti."

"Isteri encik tiada di rumah?"

"Ada tapi dia kurang sihat. Akan ada masaalah untuk berkomunikasi."

Bila balik ke rumah, aku cepat-cepat mandi setelah selesai urus makan malam dan ubat ibu_suri. Aku sembahyang Maghrib dan Isyak sambil sempat membilang biji-biji tasbih. 

Buka laptop juga seperti tiada nafsu untuk membaca apatah lagi menulis. Akhirnya berbaring di sisi hingga terlelap. Jam 12 malam, ibu_suri kejutkan.

"Jom bawa I pi jalan-jalan."

Dengan rasa berat, aku bangun. Ambil kunci kereta dan memandu. Di simpang 3 Kubang Semang, aku nyaris berlanggar secara berdepan dengan Wira kerana aku menyangka lampu hijau sebaliknya masih merah.

Uuuhhhh.... Selepas makan ringan di Sudin Tomyam, aku ajak ibu_suri balik terus ke rumah sahaja. Dalam perjalanan balik itu aku cuba lobi ibu-suri supaya 22hb ini aku dapat bersama dengan aktivis IKRAM berkonvoi ke Padang Kota Lama sebagai acara kemuncak program prihatin GAZA itu.

Namun sebenarnya kenapa aku seperti tiada umpphhh.. hari ini masih juga tidak aku ketahui!

9 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

salam
semoga berjaya dalam usaha 'pujuk memujuk' ibu suri utk melepaskan IM sehari...

Ibu n Abah berkata...

Assalamualaikum IM..
memang ada ketikanya hati kita ni terasa begitu... betul2 terganggu rasanya...
In syaa ALLAH, selepas dapat mengaji AlQuran, rasa lega semula...
Beruntung sungguh kita jadi orang Islam... tahu mana nak mengadu...

Ummiarissa Mahdi berkata...

salam...singgah membaca keluhan hati....

insan marhaen berkata...

kamsiah,
IM akan pergi dengan ibu_suri jika jadi. Disamping dapat bersama konvoi, IM juga boleh bawa ibu_suri keluar berjalan dan bertemu kawan-kawan lamanya.

ibu n abah,
memang betul tu. indahnya jika bersama Islam ini!

Ummiarissa,
Tkasih kerna singgah. Sejuk juga hati IM...

ANIM berkata...

Sukanya tengok keindahan tasik mengkuang. Dulu, masa zaman sekolah, saya rasa sayalah manusia paling malang sekali..rupanya Allah beri saya pelangi bila usia menginjak dewasa. Sungguh, sehingga kini saya tak percaya apa yg berlaku pada diri saya sendiri sekarang..saya amat berterima kasih pada zaman sekolah kerana "dialah" yg buat saya jadi spt saya sekarang...

Jay Ar berkata...

Betapa kerdilnya JR jika dibandingkan dgn IM yg sanggup mengorbankan masa tidur di pagi buta utk melayan istri jalan2..Tabahlah selalu IM krn Allah tak pernah tidur...

makchaq berkata...

Kenapa orang dari penjara nak datang rumah?

insan marhaen berkata...

anim,
memang selalunya kita terkenang masa lalu berterimakasih kerana menjadi guru kita yang terbaik.

jay ar,
sepatutnya kita begitu. itulah masanya untuk kita buktikan janji dulu yang kononnya mahu setia hingga akhir hayat.

makchaq,
jeng..jeng..jeng..

faizah berkata...

Hati-hati di jalan raya....