Halaman

Ahad, 13 Januari 2013

Catatan Perjalanan Ke KL...2

Aku bertolak jam 1 pagi menaiki bas Shamisa Holidays. Seronok juga di permulaan perjalanan ini. Dah terlalu lama tak naik bas ekspress. Dan duduk di kerusi single ini adalah satu pengalaman baru. 


Perut terasa lapar. Coco pie yang aku beli 2 bungkus tadi aku makan diiringi dengan air minuman botol. Teringat pesan blogger JH: jika berada di dalam suasana perhimpunan yang getir; jika tiada kurma, coklat adalah makanan terbaik kerana bisa mengembalikan tenaga yang hilang.

Aku tak lupa membekali diri dengan sedikit garam, sebotol kecil air minuman dan sehelai tuala kecil. Walaupun ada jaminan bahawa himpunan ini nanti akan berlansung dengan aman, pengalaman lalu perlu dijadikan iktibar. Dan 3 elemen ini amat diperlukan sebagai penawar kepedihan asap lemparan kanister.

Entah bila aku tertidur. Terjaga saja sedar-sedar dah berada di kawasan Ipoh. Kilang simen milik YTL tersergam di kiri bas. Aku pun hairan bagaimana tiba-tiba kilang simen ini bertukar nama. Setahu aku dulu namanya Perak Hanjung.

Penumpang di sekeliling mendengkur sedangkan aku terkebil-kebil!

4 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Syukurlah segalanya berakhir dengan baik.

Jay Ar berkata...

Bila perhimpunan tak diganggu oleh provokasi, semuanya pasti berjalan lancar. Perhimpunan paling besar dan paling aman yang pasti akan tercatat dlm sejarah Malaysia utk tatapan anak cucu kita akan datang. Bertuahlah mereka yg berpeluang menghadirinya kerana telah menjadi salah seorang yg mencatat sejarah utk negara...

insan marhaen berkata...

kakcik,
memang kami mahu semuanya berlansung dengan baik. kali ini polis memang baik.

Jay Ar,
memang itu hasrat IM. sebab itu walaupun dengan kos sendiri hampir RM150, IM rasa puas!

Anonymous berkata...

salam ,
maaflah saya tak faham apa yang diperjuangkan..memang ada kelopongan dan koyak pada kerajaan sekarang yang salah tetap salah tapi yang betul tu tetap betul...satu lagi isu kalimah Allah yang disokong oleh sebahagian Ulama pas,saya tak pandai berhujjah tapi bila baca blok Haji Muda (DR Ridhuan Bakar, barulah faham kenapa kita harus mempertahankan kalimah Allah..