Selasa, 5 Februari 2013

DASIM

Seseorang datang ke ofis aku petang tadi. Memang dah lama pun aku perasan dia ni seperti menanggung permasaalahan. Aku dah separuh abad hidup. Sekilas ikan di air boleh agak jantan betinanya!

"Macam mana nak mula ni." sambil garu kepala yang tunduk.

"Mulakan dari yang mudah." balasku.

Dia pun bercerita akan masaalah rumahtangganya. Mula-mula dia agak berahsia. Aku yang sikit sebanyak ada pengalaman  berdepan dengan orang-orang seperti ini cuba memancing kepercayaannya terhadap aku. Akhirnya dia akui bahawa masaalah rumahtangganya berpunca dari dia yang merasakan tidak mendapat 100% kepuasan nafkah batin dari isterinya. Maka dia bercadang mahu berkahwin satu lagi.

Perkara ke 2 katanya ialah sikap isterinya yang cepat berang. Punca yang kecil menjadi seperti terlalu besar. Nada suaranya selalu tinggi bila bercakap dengannya. Akhir-akhir ini isterinya mencabar supaya memukulnya jika dia berani. 

Aku beritahu dia bahawa perkara paling penting buat masa ini ialah SABAR. Juga berFIKIRAN WARAS. Juga bersikap TENANG.

















"Perempuan seumpama tulang rusuk yang bengkok. Maka luruskan ia dengan perlahan-lahan dan sabar. Mencari isteri  ke 2 mungkin boleh menyelesaikan masaalah nafkah batin akan tetapi belum tentu menyelesaikan semua permasaalahan hidup. Cubalah ikhtiar yang lain"

"Pandanglah anak-anak kamu. Pandanglah ibubapa dan ibubapa mertua kamu. Pandanglah masa depan keluarga kamu. Isteri selalunya berpandangan singkat. Sebab itulah tugas suami membimbingnya. Justeru itulah Allah tidak mengamanahkan lafaz cerai itu kepada isteri sebaliknya kepada suami."

Suasana di ofis sebenarnya tidak sesuai untuk sesi 'kaunseling' begini. Tapi setidak-tidaknya aku percaya dadanya akan terasa lega kerana dapat meluahkan apa yang berkemelut. 

"Kisah rumahtangga aku juga lebih kurang seperti kamu. Jika aku boleh pertahankan rumahtangga aku selama 28 tahun, kenapa tidak kamu. Yang penting ialah kamu - SUAMI! Suami yang hebat bukan yang pantas memukul isteri tetapi yang sabar dan teguh membentuk kerenah mereka."

Sebenarnya dia seorang lelaki yang baik. Tapi masih muda dalam mengendali rempahratus cabaran hidup. Aku sempat menasihatinya supaya berhati-hati dengan godaan syaitan yang bernama DASIM!

8 ulasan:

Anonymous one berkata...

AO memang gerun dengar ceramah suami isteri ni IM. AO dengar dalam radio IKIM...oleh seorang ustaz..hoho berpeluh juga nak jaga hati seorang suami ni ya IM.

❤Kamsiah❤ berkata...

kalaulah suami2 yg bermasalah pi jumpa IM..mesti kembali berfikir semula utk buka cawangan lain...

smbotak berkata...

tindakannya meminta nasihat orang lama juga perlu dipuji...

S..U..D..@..I..S berkata...

syaitan perosak rumah tangga ka IM

makchaq berkata...

Perkara biasa tu IM, kalau orang lelaki nak kahwin lain mesti mula cerita pasai kekurangan isteri yang dok ada.. sapa boleh jamin yg baru tu akan perfect..

Tapi baguih la dia mai cerita kat IM, boleh la bagi nasihat..

ANIM berkata...

Dasim ni kalau dapat laksanakan tugasnya membuatkan suami isteri bercerai, suka sangat Iblis kat dia..

Mario berkata...

bole jadi kaunselor jugak bro ni ek...

Jay Ar berkata...

Suami kata masalah batin, kalau tanya isteri entah apa pula jawapannya. Mana ada rumahtangga yg tak berkocak sedikit pun? Bohonglah jika ada kata rumah tangga mereka sempurna tak pernah diuji. Cuma kebijaksaan kapten dan kesabaran jurumudi dapat menyelamatkan bahtera yg bermasalah....