Selasa, 26 Februari 2013

Pasrah

Aku telah dipilih oleh musyawarah semalam supaya melibatkan diri dalam Unit Media pada pra PRU kali ini. Aku akur pada keputusan jamaah. Aku tahu mereka membuat keputusan itu berlandaskan minat aku yang suka menulis dan kekangan terhadap masa kerana menjaga iibu_suri. Juga kerana sikap aku yang lebih suka bekerja di barisan dalaman berbanding di barisan hadapan.

Aku dimaklumkan tarikh akhir pembubaran Parlimen ialah bulan April. Dan paling lewat ialah pada bulan Jun ( 2 bulan tambahan dari tarikh luput ). Sekarang kita memasuki bulan Mac. Tidak lama sangat lagi.

Dalam masa yang sama ibu_suri seperti menggigit kekuatan pembabitanku dalam kerja besar dan mencabar ini. Bila aku terlebih sikit menghadap komputer dan kurang beri perhatian kepadanya, dia akan mendengus dan membentak;

"Kalau macam ni, abang toksah pi mesyuarat tu la."

Memang kekadaang seperti mahu merampus juga. Arghhh... tak mahu susah susah lah. Rileks kat rumah tidur lagi bagus. Itu tak boleh, ini disungut.

Aku teringat kata-kata - isteri jangan terlalu mengongkong aktiviti suami. Jika terlalu dikongkong, suami akan mencari jalan keluar ikut pintu belakang. Aku setuju sangat dengan pendapat itu. Dan kekadang, syaitan itu menjentik-jentik perasaanku supaya berbuat begitu.

Tapi aku tahu, apa guna aku berdegar-degar bercakap tentang pengislahan masyarakat jikalau isteri sendiri pun tak terkampoi.

Aku pun tahu, seorang suami yang baik dengan isteri lebih Nabi sukai. Sabar dan buatlah mana yang terdaya, kan! Allah lebih tahu segala yang ada di dalam hatiku ini. Aku pasrah saja terhadap apa yang akan berlaku esok. Buat saja semampu boleh.

7 ulasan:

Anonymous one berkata...

IM xpa..sabar, kejujuran itu penting... xpa kalau kita betul2 berusaha Allah bagi rezeki kot lain.. susah kot lain, mudah kot lain.

Insyallah Allah permudahkan segala urusan IM. Saya yakin sangat2 :)

Jay Ar berkata...

Kita boleh beri sumbangan kpd pihak yg kita yakini mengikut keupayaan dan kemahiran sendiri. Tidak boleh di barisan depan, mungkin kita boleh beri sumbangan di barisan tengah atau belakang. Tidak boleh di barisan belakang, mungkin di barisan tepi kiri dan kanan. Dalam sesuatu peperangan, bukan saja peranan tentera yang penting, peranan mereka di barisan belakang termasuk pasukan perubatan dan pembekal senjata juga sangat penting....

Ibu n Abah berkata...

setuju...
(ayat yang akhir tu...)

❤Kamsiah❤ berkata...

makin dekat PRU..makin berganda2 kesibukannya kan...

ANIM berkata...

IM..kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua..
robbi yassir wala tu assir..

Mak Wardah berkata...

IM, semuga segalanya dipermudahkan Allah

Temuk berkata...

InsyaAllah, penglibatan dan sumbangan IM sepanjang PRU itu nanti akan memberi manfaat kepada organisasi dan kepuasan diri. Saya pun jenis yang cukup tak selesa bekerja di barisan hadapan. Walau di belakang, yang penting kita ikhlas menyokong, dengan apa cara pun, dan sentiasa memberi panduan, bukan mewujudkan halangan.