Ahad, 24 Mac 2013

Kerat Saja

Seperti yang aku tulis di sini, alhamdulillah, Akhmal baik-baik saja di 'dalam' sana. Bila aku tanya justeru baru perasan dia memakai unifom merah dan bukan ungu seperti mana OKT yang pernah aku lihat di berita tv;

"Baju ungu untuk yang kena tahan reman."

"Ooo... kira hang ni senior la ye!" Akhmal hanya tersengih.

"Bagaimana keadaan kaki?"

Dia mengangkat dan meletak ke meja. "Rimas lah ayah. Bila berjalan tak selesa. Kalau kerat bagi putus pun takpa la dari sakit macam ni!"

Aku angguk. Memang itu yang aku fikir bila worst come to worst. Cuma aku tak bersuara sahaja hinggalah hari ini dia menyatakan begitu.

Selepas mengisi borang belian barang keperluan untuk sebulan mendatang, kami balik. Masa melawat 45 minit aku guna cuma beberapa minit sahaja dan selebihnya oleh Along, Angah dan ibu_suri.

Dari jauh aku curi perhati gelagatnya yang berjalan dan menguak daun pintu untuk memasuk sel semula. Berjalan kaki ayam dengan terhincut-hincut. Hati ini disayat sayu dan belas. Uffsss.....

10 ulasan:

Anonymous one berkata...

Nak kerat buang kaki ke IM. AO simpati dengan Akhmal.. moga dia temui sinar.. kita doa dengan yakin ya IM.

Akhmal bertuah ada IM dan ibu suri dan abang-abangnya

BUNDA a.k.a KN berkata...

moga dipermudahkan...

makchaq berkata...

Tak baik lagi ka kaki Akhmal?
yg dia jatuh moto tu kan..rasa macam lama sangat dah..

Semoga Akhmal berubah lepas ni..

mungkin lepas keluarq ni dia makin matang, tak mudah terpengaruh..

insan marhaen berkata...

AO,
IM fikir itu mungkin yang terbaik buat masaalah jari kakinya sebab tulang kakinya tidak dapat bersambung semula dengan tulang asal.

Bunda,
Terima kasih kerana ziarah IM. Sejuk hati kerana lama tak terima komen Bunda.

Mak Chaq,
Memang dah lama sebab dia duduk dalam pun dah nak hampir setahun. Doa saja yang IM dapat buatkan setakat ini.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Salam IM,

Begitulah dugaan Allah pada kita sama ada fizikal atau perasaan.

Tapi kita kenalah ingat, selama ni pun banyak masalah dah menimpa kita, tapi Alhamdulillah semua boleh di atasi cuma memerlu waktu, InsyaAllah.

Jay Ar berkata...

Agaknya dia dah dirujuk kpd doktor pakar tak atau cuma doktor penjara? Kalau dia dirujuk kpd doktor pakar cuba IM bincang penyelesaiaan terbaik utk dirinya...

Norhaizan hakim berkata...

Banyak cerita yg saya ketinggalan dari IM..tentang kaki Akhmal, saya rasa kalau setakat tulangnyanya sudah tidak boleh bersambung secara natural, teknologi perubatan ada alternatifnya...lainlah kalau sel/dagingnya sudah mati...semoga ada sinar utknya dihari mendatang...jangan putus berdoa.

TiranaAduka berkata...

adoi .blur bca entry insan mehran..fenin ta sikit

TUN TIJAH berkata...

moga-moga kunjungan dari keluarga akan terus memberikan kekuatan kepada Akhmal.

Kakcik berkata...

Ujian yang berterusan...