Halaman

Selasa, 26 Mac 2013

Ayam Tandori

Selesai mesyuarat kali ke 4, team media pra-PRU13 di Taman Pekaka tadi. Tugas aku mengujudkan blog  milik calun Pulau Betong telah pun siap dan akan diserahkan kepada pic berkenaan esok untuk kemaskini seterusnya. Selepas ini aku perlu siapkan blog milik calun Telok Bahang. Target date ialah Rabu ini. Sempat ke? Try my best!


Esok dan hari seterusnya aku diarahkan untuk selalu kemas kini blog calun Pantai Jerejak yang diamanahkan kepada aku sepenuhnya. Mesyuarat tadi yang juga dihadiri oleh wakil media dari Sungai Petani (ziarah sambil belajar) memberi aku banyak input baru tentang konsep blog dan batas-batas penulisan. Laman web mantan presiden ke-2 Jamaah Islah Malaysia (kini  ADUN Hulu Kelang) dijadikan sebagai asas rujukan. Menulis blog bagi pihak ahli politik ni tak sama macam buat blog sendiri sebenarnya. Kena tahu sentimen calun dan kebenaran fakta yang akan ditulis. Bimbang nanti tulisan blog itu akan memakan diri sendiri.

Apapun, tidur jauh malam seperti akan menjadi kebiasaan. Semakin dekat dengan PRU akan semakin ligat team media kami membuat kerja. Blogger JH pula ditugaskan sebagi ketua gerak gempur. Aku angkat tangan bila dia mengajak aku untuk masuk ke team ini. Terus terang aku katakan, bukan bidang aku!

Sebagai buah tangan kepada ibu_suri kerana sudi ditinggalkan sendirian sementara aku bermesyuarat, aku belikan dia roti nan serta ayam tandori di Restoran Subaidah untuk makan bersama. Ayamnya memang sedap.

Aku agak dalam seminggu dua ini Parlimen akan dibubarkan. Aku agak ajelah..hik!

3 ulasan:

Anonymous one berkata...

Amin

Jay Ar berkata...

Gud job, IM....Setiap org cuba memberi yg terbaik menerusi kaedah dan keupayaannya sendiri utk Malaysia yg lebih baik di hari muka....

insan marhaen berkata...

AO, terima kasih atas doa.

JR, IM buat mana yang terdaya. IM percaya: IM masih ingat dialog P Ramlee...hari ini saya tolong cik adik, esok esok cik adik tolong saya pula he..he..