Halaman

Rabu, 27 Mac 2013

Tebus

Aku terima surat dari Tetuan Afif & Asrul. Mewakili Akhmal dalam kes kemalangan motor di Guar Petai tahun lalu hingga menyebabkan jari kaki Akhmal patah. Keras bunyi suratnya:

'JANGAN MENANDATANGANI SEBARANG DOKUMEN DARIPADA MANA-MANA PIHAK BERHUBUNG KES KEMALANGAN TUAN TERSEBUT TANPA KEBENARAN PIHAK KAMI.'

Aku tak biasa dengan kerja tebus insuran ini. Selama ini aku ingatkan kalau kemalangan kenderaan, hanya tebus insuran untuk baiki kenderaan je. Rupanya dengan 'putar belit' bijak pandai peguam seperti ini, boleh juga tebus kos rawatan, keederaan, kerugian tiada gaji kerana terpaksa duduk di rumah dan pelbagai kos lagi. Malah dalam kes Akhmal, oleh kerana motor yang dia langgar dulu itu tidak ada cukai jalan, penebusan dibuat kepada motor yang melanggar Akhmal dari belakang. Busuk-busuk kalau ikut kata runner yang urus insuran ini, Akhmal boleh dapat dalam lingkungan RM5000. 

Bukan main panjang angan-angan Akhmal bila dapat tahu itu. Hingga aku terpaksa bagitau dia - jangan harap sangat pada guruh di langit. Hujan belum tentu akan turun!

Ntahlah dunia ini. Kekadang penuh misteri yang tidak terjawap. Undang-undang yang kita sendiri buat, kita sendiri yang langgar.

Apatah lagi undang-undang Tuhan!

4 ulasan:

Bearcat berkata...

Orang yang baik tak akan melanggar undang2 negara yang ternyata dibuat untuk kebaikan semua. Jika dilanggar juga hukumnya berdosa. Itulah yang saya dengar daripada satu ceramah agama.

Anonymous one berkata...

Moga Akhmal guna duit tu betul-betul...

moga di permudahkan urusan

Jay Ar berkata...

Pengalaman berurusan dgn insuran sangat menyakitkan. Tapi kita tak dpt mengelakkan insuran bila miliki kenderaan...

insan marhaen berkata...

bearcat,
setiap yang bernama kehidupan perlulah ada peraturan. hatta nak makan pakai pun.

AO,
belum tentu dapat lagi duit tu. IM tak harap sangat juga.

JR,
Biarlah peguam uruskan. IM tak mahu fikir sangat.