Selasa, 2 April 2013

Mesyuarat Di Restoran

Mesyuarat minggu lepas

Rupanya mesyuarat Team Media malam ini di tunda ke hari Rabu. Aku tak perasan sms yang di terima siang tadi adalah pemberitahuan penundaan. Sikit punya jauh dan tergesa-gesa aku datang dari seberang ke Penang... aleh-aleh....toinggggg....

Aku termangu sekejap. Nak buat apa sekarang?... 

Aku teringat Ayam Tandori kat Restoran Subaidah. Hmmm... kenapa tidak aku lepak di situ sambil memesan satu set untuk ibu_suri di rumah? Sambil tunggu, sambil minum, boleh kemaskini blog calun Pantai Jerejak ini.

Tiba di sana, dari jauh aku digamit oleh rakan-rakan yang rupanya senasib dengan aku. Wah, bukan main rancak kami berbincang sambil minum. Sambil-sambil itu bincang tentang blog dan Facebook calun.

Not bad juga kalau buat meeting di restoran macam ni. Santai dan agendanya free flow!

6 ulasan:

Kakcik berkata...

Terjadi juga mesyuarat tak rasmi... :)

smbotak berkata...

next time boleh jugak buat yang rasmi kat restoran macam ni...

pB berkata...

two in one

discussion and makan makan

Jay Ar berkata...

Sambil minum2 sambil menyelam...

Temuk berkata...

Kerja yang nak dibuat macam sesuai nampaknya dengan suasana "tempat kerja" tu. Semoga hasilnya menggembirakan semua yang berkenaan.

ANIM berkata...

kat restoran tempat sesuai berbincang. tapi jangan waktu ada bola. riuh rendah, pening kepala kita. bukan kata IM saja mesyuarat politik, saya sendiri suka sembang ngan suami sambil minum teh tarik kedai mamak, hihi. macam2 plan baru boleh keluar