Khamis, 9 Mei 2013

Black

Aku ingin kembali seperti biasa. Mengemaskan ofisku dan menyemak sistem kerja yang banyak terbengkalai. Odit pun dah selesai semalam dengan penemuan satu suggestion dari oditor. Ok lah tu. Oditor pun nak cari makan juga. Asalkan jangan dapat CAR, sudahlah!

Di rumah juga mulai esok aku akan mengemas. Sudah terlalu lama aku biarkan tak berkemas. Maklumlah, sejak ibu_suri di serang ahmar lansung mengalami mental disorder, aku seorang saja yang tinggal untuk mengendali rumah 4 bilik ini. Anak-anak semuanya dah tidak tinggal bersama. Kalau ada pun, semuanya lelaki... faham-faham ajelah...

Aku bercadang untuk mencari baju kemeja T warna hitam. Warna yang  pernah aku memarahi Angah kerana memakainya, dulu.

Masa itu di Tingkatan 4, SM Penanti. Dia selalu memakai baju dan seluar hitam. Mulanya aku tak kisah. Tapi bila tiba Hari Raya, menempah baju, dia minta ibu_suri jahitkan dari kain hitam juga. Aku mula bising.

Tidak lama selepas itu, Penyelia Petang sekolah memanggil aku. Dilambakkan di atas meja aksesori seperti cincin gambar tengkorak, gelang tangan, tali pinggang besi, penunjuk cahaya lampau unggu bersimbol tengkorak, sticker, t-shirt tulisan 'sodomizer' dan banyak lagi hasil spot check guru terhadap beg sekolah Angah.

Barulah aku tahu rupanya Angah terpengaruh dengan budaya Black Metal yang masa itu begitu merebak terutama di Sungai Petani.

Namun giliran aku memakai baju hitam esok bukan kerana Black Metal tetapi kerana Black Democracy.

11 ulasan:

Anonymous one berkata...

black best (Y)

❤Kamsiah❤ berkata...

kaler hitam-panas..:)

AZNI BINTI MAT ISA berkata...

Assalamualaikum IM,

Ada masa-masa kita perlukan masa sebegini untuk lihat kembali diri kita yang sebenarnya.

Semoga berjaya!

pB berkata...

hitam itu menawan

Jay Ar berkata...

Hitam kaler kegemaran JR. Ketika sdg menaip ini pun berbaju hitam. Nak solat Jumaat nanti mungkin pakai baju hitam dan kain hitam. Ia bukan cuma kerana black democracy, tapi memang JR suka yg hitam, cuma Allah saja yg menentukan dpt isteri yg kulitnya kuning mcm Cina....

Anonymous berkata...

Pak IM pakailah warna kesukaan Rasul. Dapat pahala lagi sebab meraikan kesukaan baginda. Tak gitu?

S..U..D..@..I..S berkata...

jom pakai black, eh belum ada full black hitam putih adalah..ok tak IM

ANIM berkata...

saya selalu sarung jubah hitam, IM..
apakah???

insan marhaen berkata...

Terima kasih atas komen semua.

Buat Tanpa nama:

Kesemua warna adalah ciptaan Allah. Warna kegemaran sekadar manifestasi diri individu.

IM tidak ada warna kegemaran tertentu. Cuma untuk beberapa hari ini IM memakai hitam sebagai manifestasi jiwa IM yang rindukan Malaysia yang merdeka.

IM percaya 'tanpa nama' juga punyai idealisma tersendiri.

Jika idealisma itu seiring dengan Islam... teruslah istiqamah!

Anonymous berkata...

Saudara IM, ckup2 le berpolitknya. Dah habis pilihanraya cari le bahan lain untuk ditulis..buatle amal..Hidup ni bukannya untuk berpolitik aje.

insan marhaen berkata...

Tanpa Nama,

Sebenarnya setiap hari kita berpolitik. Samada kita tahu atau sedar sahaja.

InsyaAllah.. akan ada penulisan IM lain yang di luar konsep 'politik' kerana blog ini adalah blog yang merakam susur galur hidup semasa IM.

Terima kasih kerana sudi membaca dan berdiskusi tentangnya.