Ahad, 26 Mei 2013

Pilihan Allah!

anak yang dibuaikan
Memang terasa letih benar aku pagi ini. Hari Jumaat seharian mengurus ibu_suri ke Klinik Kubang Semang dan JKM. Semalam, seharian memandu ke Ipoh dan menjadi 'orang tua' untuk meraikan tetamu yang datang ke kenduri doa selamat dan majlis naik buai anak saudaraku.

Berbual dengan salah seorang dari keluarga ipar di bawah khemah yang kipasnya berputar laju bagai nak terbang...

"Dr Mazlan kalah kat Permatang Pauh, ya!"

"Ya..."

"Dia bukankah anak tempatan?"

"Hmm.. Kalau ikut tulisan pada banner tu betul lah."

"DSAI orang situ ke?"

"Ya... Orang Cerok To Kun."

"Oooo... Dia selalu datang tengok orang Permatang Pauh ke?"

"Adaaa. Dia memang selalu buat lawatan ke kawasan dia."

"Tapi dalam paper kata dia jarang tengok kawasan dia.."

Aku mula mencium sesuatu.

"Aaa... Itu atas kertas saja. Kami orang sana, kamilah yang tahu.."

Betul bagai 'firasat'ku. Ternampak akhbar BH atas dashboard keretanya semasa mengiring dia dan keluarga ipar ke kereta tatkala hendak berangkat pulang!

Bagi aku politik adalah hak individu. Berbincang secara matang dan menerima kesilapan diri sendiri maupun kekuatan orang lain adalah sikap yang sepatutnya ada pada diri kita.

Dari apa yang aku perhati, keluarga iparku ini macam kelauraga aku juga;  ada warna hijau, ada warna biru tua dan ada warna biru muda. Persis keluarga aku juga. Namun, keutuhan institusi keluarga tetap kami jaga dan pertahan. Indah kan!

Keluarga tetap keluarga. Di dalam Syurga atau Neraka, Allah bukan menempatkan kita berdasarkan bangsa atau faham politik. Allah memilih kita berdasarkan iman dan taqwa!

7 ulasan:

Anonymous one berkata...

kaluarga saya pun ada pelbagai warna

Anonymous berkata...

tak penatke cerita bab politik ni,yg kalah dn menang masing2 dah tahu walaupun ada yg tak puas hati,tp salute dr mazlan seorang yg profesional dn punya isteri yg melambangkan islam bukan orang yg mempunyai bermacam2 kisah peribadi yg burok

Jay Ar berkata...

Bila sesekali balik kampung berjumpa saudara mara, JR cuba elakkan menyentuh topik politik sebab kuatir akan timbul polemik. Maklumlah kiblat politik manusia bukan sama.....

faizah berkata...

alhamdulillah...

Aku Bapak berkata...

politik bukan agama, Islam tetap teras kehidupan...

ANIM berkata...

Sesekali selit juga bila berjumpa saudara mara di kg. tapi taklah sampai bermasam muka.

insan marhaen berkata...

AO,
Kena jagalah perasaan mereka. Kalau berjaya, itulah kemanisan. Kalau sebaliknya...heh..heh..

Tanpa Nama,
Dalam hidup ini setiap saat ada politik (siasah)nya yang tersendiri.

Sudah tentu dan sepatutnya setiap pemimpin itu kita pilih dari kalangan yang baik dan dilihat baik.

Begitu juga dalam keluarga. Seboleh-bolehnya kita menjadi pemimpin keluarga yang baik dan dilihat baik oleh anak dan isteri.

JR,
Itu yang sebaik-baiknya.

faizah,
Tk atas doa.

Aku Bapak,
Politik itu sebahagian dari agama. jangan pisahkan politik dari agama. Itulah namanya sekular!

ANIM,
kita menyelit pada yang sealiran ataupun yang mempunyai pemikiran terbuka.

Berbincang secara fakta dan bukan emosi.