Isnin, 10 Jun 2013

Dunia Yang Asing... 1

Aku ingin ceritakan semula kisah bagaimana mulanya ibu_suri menjadi sepertimana sekarang.

Setelah 4 hari ibu_suri dimasukkan ke Bukit Mertajam Specialist Center (sekarang KPJ Specialist Center) atas rawatan sakit perut, doktor sahkan dia boleh discharge. 


Pagi itu aku uruskan dulu membuat repot polis kerana dalam kalut ke hulu kehilir menjaga ibu_suri dan melihat anak-anak di rumah, dompet aku hilang ntah kemana.

Selepas siap buat laporan, aku bergegas ke RHB di Lebuh Pantai untuk batalkan kad bank. Dalam perjalanan itulah doktor India yang merawat ibu_suri menalipon;

"I want to do scanning on her head. She looks confusing this morning."

Eh, apahal pulak kena scan? Bukan ke dah boleh balik? Confuse yang macam mana?

"Doctor, please wait. I see her first!"

Aku bergegas kembali ke BMSC. Lift tak berfungsi. Aku menaiki tangga. Sebaik saja berada di tingkat 2, keadaan suram. Rupanya lif di sekat dengan papan tanda. Tingkap keliling wad di tutup. Ramai jururawat di serata wad, mundar mandir.

Di atas katil, aku terkejut melihatkan tangan ibu_suri teringat di birai katil. Kenapa pula ni?














... sambung

7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

sakit sesudah sihat adalah irama kehidupan...

Bunda_nora berkata...

assalam,

semoga dipermudahkan NYA..

Tanpa Nama berkata...

Muga selepas dari ini Pak IM akan lebih banyak menulis mengenai penyakit ibu suri dan cara pengurusannya kerana ia dapat dimanafaatkan pembaca yang mempunyai penyakit yang sama. Dan muga juga Allah melimpahi rahmat dan kasih sayangNya pada Pak IM sekeluarga. Ameen

Tanpa Nama berkata...

kalau saya, entah tak tau nak buat macamana dalam kelam kabut tu...

insan marhaen berkata...

kakcik,
seperti hujan dan panas, kemarau dan banjir atau gelap dan cerah. semua itu tanda Tuhan masih sayang pada hambaNya.

bunda,
jika kita berserah kepadanya, insyaAllah... Dia akan memberikan pertolongan. Sudah banyak kali IM merasai kepedulianNya.

tanpa nama,
itulah harapan IM. muga semua saat-saat pengalaman semasa ini dapat IM tulis seperinci yang boleh.

smbotak,
kerana itu sekarang ini kita kena persiapkan diri. banyakkan amal kepada Tuhan dan kepada masyarakat.

hari ini kita menolong orang, esok lusa akan ada orang yang akan memabantu kita disaat memerlukan.

blog usang berkata...

hadapi dugaan Allah dengan sabar....

makchaq berkata...

Banyak terlepas post2 baru IM...tk tulis semula cerita ni, tentu boleh jadi panduan kepada orang lain..