Halaman

Selasa, 11 Jun 2013

Tersungkur Di Gelanggang

Baru balik dari bermain badminton di Sunway Sport Centre, Seberang Jaya. Tidak pulak aku tahu rupanya selama ini ada gelanggang badminton dan futsal di situ. Bagus juga idea membina gelanggang sukan yang seperti ini. Tapi bagai dijangka - pengusahanya .... bangsa Cina.

pinjam














Sebenarnya ini usul dari naqib usrah aku - Mohd Isa ( menggantikan naqib sebelum ini Ustaz Mohd Rozee ). Usrah tidak semestinya menadah kitab semata. Usrah boleh juga dalam bentuk riadah, makan-makan, rehlah atau ziarah. Kepelbagaian begini akan menjadikan usrah itu menarik. Tidak jumud.

Aku bukanlah pandai main badminton. Malah bila masuk saja ke gelanggang untuk memukul bulu tangkis, dah mula terasa gayat. Asyik terpukul angin aje.

Bila permainan set dimulakan, aku cekalkan hati untuk mengambil servis sedangkan sebenarnya aku rasa teramat segan dengan kawan-kawan lain yang muda dan bergaya dengan kasut sukan serta reket mahal. Aku tahu, gaya permainan aku ini macam kartun. Maklumlah, aku bukannya membesar dengan budaya sukan sebaliknya lebih kepada budaya suri rumah - jaga adik, basuh kain, masak untuk adik-adik dan cari kayu api.

Sup..sap..sup..sap... toinggg.... aku tersungkur di gelanggang ketika mengambil bola drop shot oleh pihak lawan. Berguling aku. Bila bangun, rasa berpinar. Tapi gagahi juga meneruskan permainan dan terasa markah perlawanan terlalu lambat tamat.

Bila balik dan bercerita pada ibu_suri, ibu_suri sebaliknya.... HA..HA..HA..

"Tak boleh nak bayangkan macam mana rupa abang terjatuh tadi...!"... Alahai...

Esok pagi, gerenti aku akan berjalan macam robot masuk ke ofis!

4 ulasan:

Kakcik berkata...

Apa jenis sukan pun, adalah sesuatu yang sangat asing bagi kakcik. :)

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Saya pernah 'dipaksa' main futsal oleh Jabatan.Macam hendak putus nyawa....

rashid hasnon berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
insan marhaen berkata...

kakcik,
kat ofis IM ada team bolasepak wanita. kebanyakan mereka adalah operator Sabah n serawak. pernah main bolasepak?

IM pernah main bola jaring semasa sekolah renah dulu. lelaki vs perempuan.

ujang kutik,
IM pun pernah merasa ain futsal. Ha.. ha.. lagi siksa berbanding main badminton.