Pengerusi Sementara berpeluk tubuh meneliti agenda |
Semalam, aku hadiri Mesyuarat Agong Daerah IKRAM Seberang Perai Tengah kali ke 4. Aku ingatkan ia bermula jam 2.30 petang tapi rupanya dah terlewat setengah jam.
Namun bernasib baik sebab mesyuarat masih belum bermula. Agaknya, setengah jam itu adalah ruang masa pendaftaran perwakilan. Aku duduk di sebelah Tuan Hj Mohd Taufek. Heran juga aku, kenapa dia turut sama datang? Rupanya dia mewakili YDP untuk perasmian mesyuarat. Hj Taufek adalah seorang usahawan Pest Control yang berjaya. Tapi dia cukup tawadhu' disamping giat berdakwah di daerah Thailand dan Vietnam sana.
Sejurus bermula mesyuarat aku di sebut-sebut oleh rakan-rakan di sisi untuk menggantikan Pengerusi Tetap yang tidak dapat hadir kerana urusan tertentu. Mulanya aku menolak. Manalah aku reti bab-bab mengurus majlis besar dan rasmi macam ni.
Tapi bila SU dan YDP pula yang meminta aku ke hadapan, dengan mengambil sikap sami'na wa athoqna, aku menarik nafas panjang dan dalam lalu duduk di hadapan perwakilan mesyuarat. Inilah kali pertama seumur hidup aku menjadi Pengerusi Tetap... oopss... istilah sebenar... Pengerusi Sementara mesyuarat.
Aku mulakan majlis dengan Fatehah demi mengambil keberkatan Ummul Quran. Dan cuba sedaya upaya mengendali mesyuarat sambil dibantu oleh SU yang juga rakan akrabku.
Ini juga adalah berkat tarbiyah dari jamaah seperti usrah dan mukhayyam yakni patuh pada arahan jika arahan itu adalah dari qiadah jamaah. Aku percaya, jika kita ikhlas Allah akan turunkan bantuan.
Pujukan ibu_suri sebelum aku bertolak tadi supaya balik awal nampaknya terpaksa aku abaikan. Lagipun, aku tidak pula berjanji. Aku tahu, tak manislah balik awal sebelum tamat mesyuarat. Aku tak selalu dapat bertemu dengan sahabat seperjuangan. Kesempatan begini aku cuba gunakan sebaik mungkin untuk bermuayasyah bersama mereka.
5 ulasan:
tahniahhhh IM.
wahhh!! Ayu y baca entry nie seriuss rasa suka sgt...
idea ada. syer jer ya. mudahan berkat ilmu/pengalaman y ada pd IM kpd ahli2 mesyuarat
ps: ibu suri kata apa bila IM balik umah?
dh tido eik?
Bukan ibu_suri je yang pesan kat suaminya supaya balik awal. Saya pun ada pesan cam tu.. ;) Kebiasaan la tu kan...
Pelantikan itu tanda kepercayaan. :)
CR,
ibu_suri IM tinggalkan kat rumah kakak dia yang juga menjaga cucu dia. Merungutlah juga ibu_suri tu tapi pandai-pandailah IM taici...
faizah,
pesan balik awal tu ok. tapi jangan marah-marah kalau tak balik seawal yang diminta. letak kepercayaan pada suami...
kakcik,
ya.. percaya sebab IM juga pernah jadi SU dan bendahari sebelum ini.
bukan masalah kepercayaan kot, IM. Mungkin masalah 'kesunyian' dia bersendiri di rumah?
Catat Ulasan