Sabtu, 1 Jun 2013

Hujung Usia Ini...

Bersama ibu_suri, aku ziarah abah di Taman Buah Pala. Abah tinggal bersaorangan di rumah. Mak pergi ke rumah cucunya di Kepala Batas. Kesian melihat abah; yang sebaik kami sampai, dia sedang berbaring  sendirian menanti waktu Zohor masuk. Dalam rumah sunyi sahaja,

Umur abah dah lebih 80 tahun. Lutut dan kakinya dah tak kuat untuk berjalan banyak. Kekadang menggunakan kerusi sebagai sokongan untuk bergerak.

Abah menerima kunci dari KM
Boleh di katakan selang seminggu aku akan ziarah mertuaku ini. Tidak ada alasan untuk aku tidak boleh menziarahinya selalu. Kereta, ada. Bebanan menjaga anak juga dah berlalu. Sekadar duit minyak dan tol berapalah sangat.

Bapaku adalah bekas anggota SC (Special Constable ) zaman dharurat dulu. Kemudian bila dah pencen dia mendapat tawaran untuk mendiami tanah TOL di Lorong Buah Pala, Bukit Gelugor.

Sekarang ini kawasan tersebut telah diambil aleh oleh Syarikat Nusmetro untuk didirikan pangsapuri puluhan tingkat. Sebahagian dari tanah itu dibina rumah teres 2 tingkat untuk diberi secara percuma kepada bekas penduduk Lorong Buah Pala termasuklah mertuaku sebagai pampasan.

Tak  adapun yang aku buat di sana selain duduk menonton tv, membaca akhbar atau mangadap laptop. Cuma jika dia mahu ke kedai membeli barang atau berjalan menemui kawan-kawannya, aku bawakan. Kasihan juga melihatkan dia begitu payah memasuki kereta dengan hayun langkah yang terkengkang-kengkang

Melihat keadaan fizikal dan mendengar keluhan bapa mertua selama aku di sana tadi membuatkan aku insaf kepada diri sendiri. Apalah guna masa muda dihabiskan untuk menghimpun harta jika di hujung usia kita cuma boleh melihatnya sahaja tanpa dapat menikmatinya seratus peratus.

Alangkah beruntungnya jika diusia masih segar ini kita isi dan penuhi ia dengan amal bakti yang menjurus kepada  akhirat!

3 ulasan:

Unknown berkata...

Hujan Petang (IM),

Kalau silap betulkan saya. Kalau tidak silap taat kepada ibu & bapa mertua sama atau hampir-hampir sama tuntutannya dengan ketaatan kepada ibu bapa sendiri.

Ingatan saya yang telah tiada ibu bapa sendiri dan ibu dan bapa mertua, " Teruskanlah santuni mereka selagi mereka masih ada".

Temuk berkata...

Assalam, IM
Alhamdulillah, syukur sangat kita sebab dengan keizinan Allah dapat kita menggembirakan orang-orang yang kita kasihi. Semoga kita pun nanti digembirakan orang, termasuklah oleh ahli keluarga sendiri, terutama pada saat kita amat memerlukannya nanti.

insan marhaen berkata...

Ujang Kutik,
Betul tu. Hormati mertua sama juga pahalanya dengan horamti ibubapa sendiri.

Saya percaya, memandang wajah ibubapa adalah tuntutan ke 3 selepas memandang wajah Kaabah..

Temuk,
Nabi pernah berpesan bahwa jika kita mahu anak-anak kita menghormati kita bila tua, kita dulu mesti hormati orang tua kita.