Halaman

Ahad, 2 Jun 2013

Jiwa Yang Bergetar

Hari ini aku ziarah Akhmal pula. Dah setahun dia berehat di 'dalam'. Walaupun dia seringkali mengeluh kerana terkurung begitu lama namun bagi aku sebaliknya. Tau-tau dia akan keluar sekitar hujung tahun ini.

Dia tampak biasa-biasa saja. Jari kakinya yang patah itu masih sakit. Seperti biasa aku menasihatinya supaya peluang berada di sini, isikan dengan berfikir siapa dan kemanakah dia sepatutnya pergi. Aku minta dia membina sikap dan hidup baru pabila keluar nanti. Hmm.. Ntah dia peka atau tidak.. wallahualam!

Bagaimana dia nak bina hidup baru? Persoalan itu selalu menghantui kotak fikiranku tak kira semasa memandu, semasa menunggu waktu solat Jumaat masuk malah ketika berada di 'bilik termenung'.

Akulah sebenarnya yang perlu memainkan peranan sebagai penunjuk jalan, pemangkin dan tulang belakang. Masakan dia boleh berdikari sedangkan dia sendiri umpama sampan terumbang ambing di tengah lautan. Pantai masih samar dan masyarakat keliling pastinya memandang dengan penuh bimbang dan syak.

Setiap kali ziarah dia di sini memang buatkan jiwaku bergetar. Tiada siapa yang tahu walang di hatiku ini. Tidak Angah. Tidak Along. Hatta ibu_suri memang tidak boleh tahu dan tidak akan aku mengadu.

Ujar Akhmal, 10hb ini ada program Jalinan Kasih dianjur oleh pihak penjara. Raut wajahnya memberitahu aku akan harapan tingginya atas kehadiraku.

Aku hanya melepas keluh yang panjang dan dalam. Bukan dek tidak dapat hadir tapi mengenangkan 'letih' aku berhabisan segalanya untuk mereka berdua sahaja.... Akhmal dan ibu-suri!

3 ulasan:

ANIM berkata...

terkejut dengan komen hanipah di blog saya. rupanya IM..blog lama nak buang ke?

p/s saya sendiri kadangkala gusar dengan masa akan datang 2 anak lelaki saya. namun...hanya pada Allah saja saya mohon pertolongan

Hujan Petang berkata...

Anim,
Saya cuma berpindah alamat. Isi-isi dari blog di alamat lama dipindahkan ke alamat baru. Macam pindah rumah juga..he..he..

Saya selalu berpesan kepada ibu_suri supaya berdoa untuk kebaikan anak-anak disetiap kali lepas solat kerana saya percaya bahawa doa ibu adalah paling mustajab berbanding doa bapa.

mama maman aka yana berkata...

Blog baru ye IM.. hehe..

sabar banyak2 yer.. sebahagian dr cabaran didunia ini... insyaallah IM boleh tempuh segalanya yer.. :)