Isnin, 3 Jun 2013

Dilain Peluang, InsyaAllah!

Aku ambil cuti hari ini. Selain untuk bawa ibu_suri berjumpa doktor pakar di Klinik Kubang Semang, perlu bawa Viva ke bengkel ketuk untuk dibaikpulih.

"Awat tak hantar ke kedai Melayu sana?" sambil menunjuk ke bengkel di kanan jalan setelah aku beritahu bahawa pilihan aku ialah ke bengkel Cina di kanan Jalan Penanti.

"Ntahlah. Susah abang nak cakap. Tapi pengalaman abang mengatakan bengkel Cina ni lebih cepat siapnya dan kerjabuatnya meyakinkan."

Itu adalah pengalaman aku yang sebenar. Memang. Kalau lain orang tahu jawapan aku, mesti mereka mengatakan aku ini pengelat. Tidak mahu menyokong bangsa sendiri. Apa salahnya tidak elok sedikit demi  membantu ekonomi bangsa sendiri?

Aku pernah beri kontrak pada Melayu untuk ubahsuai rumah. Setahun baru siap. Itupun setelah bertukar tangan 3 kali. Biras aku pernah menghantar keretanya untuk dicat semula ke bengkel Melayu. Berbulan baru siap.

Aku dah minta sebutharga dari Perodua Seberang Jaya untuk baikpulih Viva ini. Perodua letak harga RM680. Bengkel Cina ini letak harga RM280.

Walaupun aku lebih cenderong menghantarnya ke Perodua namun kekangan kewangan buatkan aku mencari bengkel setempat yang lebih murah dan meyakinkan sahaja.

Dilain peluang insyaAllah... Aku tetap menyokong kerjabuat orang kita... orang Islam!

5 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum IM
alhamdullilah.. Bsua kembali dialam maya.
IM ayu guling2 baru jumpa blog ini.
Mcm biasa. Ayu akan bc kisah sebelumnya.. Syukur. IM titipkan kisah along, angah, ibu suri pd kami. Bila baca kisah ahli kluarga IM.. Ah! Rasa bruntung masih dpt dengar cerita IM.

Ayu juga punya kisah ttg perniaga y sama2 kaum. Masalahnya selain lambat dan hasilnya tak seberapa. Bt rugi duit shj.

Sbb tu Ayu akn cr perniaga kaum lain

JR berkata...

JR ada pengalaman ngeri beri kontrak wiring kpd kontraktor Melayu. Harga memang murah tapi kerja tak kemas dan akhirnya terjadi satu tragedi...rumah terbakar. Mungkin rumah terbakar itu takdir Tuhan, tapi pengalaman mendewasakan kita..Lepas rumah dibaik pulih, kontrak diberi kpd kontraktor Cina. Nahal sikit pun tak apa, yg penting keselamatan keluarga lebih diyakini...

Kakzakie Purvit berkata...

Oh... baru tahu IM ada blog baru ye:) Tahniah.

Ada masa dan ketika kita boleh membantu bangsa dan agama kita. Ada masa bila ianya menagih waktu dan ketika kita 'terpaksa' pula melupakan seketika. Kish benar ni IM, kawan abang (seorg hafiz) sebab nak tolong bangsa rumah terbengkalai hingga kini. Janji sepatutnya dia dah boleh pindah akhir tahun lepas tapi tak siap. Yg kesian anak-anak dah dipindahkan sekolah sana. Setiap pagi hari sekolah ibunya kena bangun awal hantar anak-anak ke sekolah yg jauh. Sedih:(

Kamsiah yusoff berkata...

saya baru lps tukar paip air kat rumah...dah banjir ruang sapur dek kebocoran paip dalam tanah tu...
kena rm340...tp pas baiki,3 kali bocor...last2 suami saya baiki sendiri sbb geram...opss..ni org melayu punya keje..

insan marhaen berkata...

CR,
Cerita keluarga IM selain untuk biografi diri juga untuk renungan kepada yangmembaca. Muga mendapat iktibar.

JR,
Hu.... Rumah terbakar tu kira dasyat juga. Sebab itu walaupun IM tahu juga sesikit bab wiring tapi masih tak berani buat sendiri.

kakzakie,
Rupanya, bukan IM sorang saja yang menyimpang rasa kurang yakin pada kontraktor Melayu. So, macamana kontraktor kita nak diberi projek besar kalau projek kecil pun walhasil balik hasal...

kamsiah,
Tapi rumah IM dulu pernah dipasang paip oleh kontraktor Melayu. buatannya baik dan kemas. IM puas hati. Tapi padalah upah kerjanya... RM300 untuk sambung dari meter ke kepala sinki saja...