Halaman

Sabtu, 22 Jun 2013

Patung Getah Rusa

"Eh, abang solat 2 rakaat saja ka... bukan 4?" tegur ibu_suri sebaik saja aku mahu melipat sejadah.

"4 la...."

 "Dakk... 2 saja. I tengok you solat 2 kali ja..." sambil menunjuk simbol peace.

Aku pegun sekejap sambil mengimbas. 4 .....! Err... ye ker?...... Aduhhh.... 

"Ala.... awat you bagitau. Kan dah kena sembahyang lagi sekali ni." 

"I nampak, I bagitau la... Salah ka...?" Aku tidak mahu membidas.

Sebenarnya, mutakhir ini aku memang kerap begitu. Lebih selalu ialah kena buat sujud sahwi kerana tidak pasti jumlah rakaat yang dibuat.

Aku terlalu letih sebenarnya. Sejak tengahari memandu ke Pulau Sayak dengan biras dan keluarga mereka semata-mata kerana mahu makan mee udang. Memang sedap. Harga sepinggan sekitar RM8. Aku keluarkan RM100 dengan niat nak belanja mereka.

Kemudian lansung ke Pantai Merdeka. Lewat petang gini memang ramai orang. Rata-ratanya Melayu berkeluarga.

Dalam perjalanan balik, kakak ibu_suri beritahu bahawa patung kuda yang ibu_suri cari selama ini ada dijual di Longwan Kepala Batas. Apa lagi... bila dengar berita begitu, sebaik balik rumah dan selesai Maghrib ibu_suri ajak keluar lagi.

Mulanya aku cuba kelepiaq hinggalah ketahap kena undi secara wan tu som.

Sekali wan tu som... aku menang kerana membuat simbol batu sementara ibu_suri pula ssimbol cawan.

Kali ke 2 juga aku menang kerana silap ibu_suri membuat simbol batu yang aku dah boleh telah maka aku membuat simbol langit.

Tapi...he...he... bila melihatkan mukanya yang monyok... aku fikir lebih baik layan je kehendak ibu_suri tu daripada terjadi perkara yang tidak baik akibat ketidakstabilan emosinya nanti.

Patung kuda buatan dari getah itu akhirnya dapat aku beli dengan harga RM15. Senyum lebar ibu_suri sambil memberikan kepada cucunya - Marissa sebaik sampai di rumah.

8 ulasan:

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Kelepiaq?

smbotak berkata...

1. apa maksud kelepiaq ye?

2. mee udang rm8 agak mahal pada saya, tapi berpatutan kalau sedap. berbaloi untuk ulang.

Cikgu Hairul berkata...

kelepiaq yang menjadi persoalan ramai pembaca.. boleh la buat satu enty pasal kelepiaq.

faizah berkata...

sy cuba jawab dulu ye? :) kelepiaq tu 'mengelak' dengan ada pergerakan.. hehe... ye ke, IM? contoh lain: lipas jatuh atas badan... 'jenuh aku kelepiaq nak bagi lipas tu jatuh.." ha ha...

faizah berkata...

tapi suka la bab wan tu som tu... :)

faizah berkata...

Tapi bila IM bagi alasan untuk mengelak kemahuan ibu suri tu... tak le dengan pergerakan mengelepiaq kannn? :) Sekadar mengelak dgn bg alasan je.. kan? kan?

insan marhaen berkata...

Ujang Kutik,
Itu bahasa oghang Utagha da...

smbotak,
1. maksudnya mengelak dari menerima tanggungjawap. kekadang IM guna juga istilah taici.

2. memang sedap dengan 3 ekor udang yang besar dan manis. restoran itu dekat dengan LKIM.

cikgu Hairul,
TK sebab sudi komen. maksud kelepiaq dalam entri IM..

http://zakuanahmad.blogspot.com/2011/03/tulisan-12-hampa-tera-loghat-kedah-dak_21.html

Faizah,
kalau ramai kita guna cara undian - lai lai li tampelom. kalau tinggal 2 orang saja baru kita guna wan tu som.

boleh tengok cerita Pendekar Bujang Lapok, bab nak pilih sapa dulu nak jumpa Ros untuk minta maaf.

Tanpa Nama berkata...

IM..buh la gambar patung kuda tu..sy nk tgk..luarbiasa ka?..sampai kena one two som..haha