Rabu, 26 Jun 2013

Sayang Anak Tangan-Tangankan!

Bilamana melihatkan cucuku semakin nakal dan seperti tak boleh ditegur, aku mula menasihati Angah agar jangan terlalu memanjakan Marissa. Anak sulong katakan...

Pengalaman aku menjaga 3 orang anak termasuk Angah sebagai anak ke 2 banyak memberitahu aku bahawa ketika masih kecil inilah kita masih boleh memukul jika kita rasakan anak itu berbuat silap. 

"Angah tak samapai hati nak pukul."

"Bukannya pukul dengan rotan samapi bengkak bengkil. Cuma tampar sekadar nak beritahu dia bahawa apa yang dia perbuat tadi adalah salah.

Anak perempuan jika kasar perangainya, agak buruk dipandang orang.

"Nanti bila Marissa umur 4 tahun, hantar dia ke Tadika Amal Rintis sana. Itu tadika IKRAM. InsyaAllah, didikan mereka adalah Islamik dan professional." saramku pada Angah.

Tapi ibu_suri  menjuih bibir tanda kurang setuju. Walaupun dulu, ibu_suri adalah tenaga pengajar di situ sebelum di serang Ahmar, tapi kesan dari komplikasi itu membuatkan dia seperti berpatah arang dengan sebarang nama TAR.


5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Melentur buluh biar dari rebungnya...

Tanpa Nama berkata...

betul tu bang, ramai mak bapak tak pukul anak sebab rasa `kesian' tu melebihi daripada rasa marah/mendidik.

faizah berkata...

Mungkin ada cara lain, IM? Marissa baru 3 tahun, kan?

Unknown berkata...

Sdr IM,

Saya setuju. Sekarang ini sindrom terlalu liberal kepada anak-anak melanda pasangan muda masyarakat kita.

Terkadang-kadang datuk/nenek tidak berani menegur kenakalan cucu yang keterlaluan kerana ingin menjaga hati anak/menantu.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa pukul tak sesuai utk ank sekecil 3 tahun. Ank umur ini seperti salinan fotokopi. Meniru apa yg dilihat. Maka kita yg dewasa inilah master copynya.