Halaman

Sabtu, 6 Julai 2013

Terjatuh



Kesibukan menyiapkan blog TKM1 mutakhir ini membuatkan aku tak banyak masa untuk menulis ke blog sendiri. 

Orang lain yang menatap mungkin berasa sekejap sahaja pembacaan mereka dan mampu mendapat gambaran aktiviti yang telah dilalui oleh TKM1 sepanjang hari. Akan tetapi aku yang terpaksa bersekang mata malah hingga terpaksa menahan sakit batang hidung akibat terlalu lamanya cermin mata terletak di depan kornia.

Mencari bahan, menyusun bahan mengikut waktu aktiviti dan menyusun ayat yang sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat pembaca memerlukan masa, kesabaran dan ketelitian.

Mengalami hal ini buatkan aku terasa kagum dengan tugasan penulis berita maupun cereka. Daya imiginasi dan pengetahuan luas dalam ilmu bahasa amat penting. Bagaimana perasaan mereka bila tiba-tiba sahaja penat lelah mereka itu diperlekeh oleh sesetengah pembaca?

Hari ini seperti biasa, selang 2 minggu akan ziarah mak abah di Taman Buah Pala, Gelugor bersama kakak ipar dan Marissa yang dijaganya.

Kasihan Marissa sebab terjatuh dari tangga semasa bermain di rumah mak abah. Bukan main lagi ibu_suri toghek menegur kakak ipar yang sedikit alpa menjaga Marissa sebentar tadi.

Aku yang ada semasa itu hanya melihat saja Marissa tersembam ke muka tangga akibat tergelincir. Bagi aku ianya taklah serius sangat. Bagi aku biarlah sesekali Marissa merasai bagaimana sakitnya kalau terjatuh.

Bagi aku Marissa akan lebih cepat belajar erti hidup jika dia banyak menempuh kesusahan daripada terlalu banyak menikmati kesenangan.

3 ulasan:

smbotak berkata...

betul la, saya perasan blog TKM1 tu agak aktif jugak entrinya. dan tahniah jugak sebab sanggup bagi komitmen macam tu.

budak kecik, kalau dilarang makin dibuat. sesekali terkena, biar dia belajar sikit. asalkan tak la mudarat sangat...

ANIM berkata...

kalau anak jantan..biarkan je
kalau anak perempuan IM, takut ada tanda sampai besar....heee...

insan marhaen berkata...

smbotak,
dari kecil perlu belajar erti derita atas dunia.

anim,
wanita memang selalu pandang pada kecantikan kulit.